Wednesday, February 10, 2010

Pertandingan Azan Sempena Sambutan Maulidurrasul

Alhamdulillah, setakat ini peserta yang telah mendaftarkan diri untuk menyertai pertandingan ini ada lima belas orang. Walaupun pertandingan ini dibuka kepada kanak-kanak & remaja berumur antara 10 hingga 18 tahun sahaja, tetapi ada peserta yang dibawah umur yang telah mendaftar, jadi jumlah sebenarnya akan kurang dari lima belas. Mungkin mereka teruja dengan hadiah yang dijanjikan. Walaubagaimanapun ini adalah satu gambaran yang baik kerana ia menjanjikan kita ramai peserta pada anjuran masa akan datang.

Oleh kerana waktu antara 'asar dengan maghrib agak singkat dan ada acara lain juga dijadualkan pada petang tersebut, kami telah mengambil keputusan untuk memperdengarkan azan dari enam peserta sahaja. Jadi, acara saringan untuk memilih enam yang terbaik akan diadakan pada hari Jumaat 19hb Feb 2010 selepas solat maghrib. Peserta yang tidak terpilih ke pusingan akhir tetap akan mendapat hadiah saguhati yang akan disampaikan pada hari majlis tersebut.

Sekian, Wassalam.

2 comments:

  1. Abdul Ghaffur bin RamliFebruary 19, 2010 at 9:28 PM

    Syabas kepada peserta dan tahniah kepada mereka yang berjaya ke pusingan akhir. Terima kasih diucapkan kepada semua yang berusaha untuk menjayakan aktiviti ini. Boleh dijadikan aktiviti tahunan mulai tahun ini, insya Allah.

    ReplyDelete
  2. saya suka dgn program sebegini dan saya harap program ini akan diadakan lagi untuk menarik minat remaja kearah kebaikan..

    ReplyDelete