Saturday, February 27, 2010

Keagungan Azan

Sila lihat dalam Halaman Sumbangan Pembaca untuk membaca rencana "Keagungan Azan". Rencana ini ditulis khas oleh penyumbang sempena Pertandingan Azan yang diadakan sempena Sambutan Maulidurrasul 1431H.

Wassalam.

Sunday, February 21, 2010

Pertandingan Azan - Pusingan Saringan

Alhamdulillah, pusingan saringan Pertandingan Azan sempena sambutan Maulidurrasul 1431H telah dijalankan dengan jayanya pada 19hb Februari selepas solat maghrib. Sebanyak 15 peserta kanak-kanak dan remaja berumur antara 10 dan 14 tahun telah memperdengarkan laungan azan masing masing. Oleh kerana tiada bimbingan yang diberikan kepada para peserta sebelum pertandingan, setiap peserta telah menyampaikan azan dengan cara & gaya masing masing yang adakalanya melucukan juga. Nama-nama peserta adalah seperti berikut:

Wednesday, February 10, 2010

Pertandingan Azan Sempena Sambutan Maulidurrasul

Alhamdulillah, setakat ini peserta yang telah mendaftarkan diri untuk menyertai pertandingan ini ada lima belas orang. Walaupun pertandingan ini dibuka kepada kanak-kanak & remaja berumur antara 10 hingga 18 tahun sahaja, tetapi ada peserta yang dibawah umur yang telah mendaftar, jadi jumlah sebenarnya akan kurang dari lima belas. Mungkin mereka teruja dengan hadiah yang dijanjikan. Walaubagaimanapun ini adalah satu gambaran yang baik kerana ia menjanjikan kita ramai peserta pada anjuran masa akan datang.

Oleh kerana waktu antara 'asar dengan maghrib agak singkat dan ada acara lain juga dijadualkan pada petang tersebut, kami telah mengambil keputusan untuk memperdengarkan azan dari enam peserta sahaja. Jadi, acara saringan untuk memilih enam yang terbaik akan diadakan pada hari Jumaat 19hb Feb 2010 selepas solat maghrib. Peserta yang tidak terpilih ke pusingan akhir tetap akan mendapat hadiah saguhati yang akan disampaikan pada hari majlis tersebut.

Sekian, Wassalam.

Tuesday, February 2, 2010

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1431H

Sempena meraikan hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad Salallahu ‘alaihiwasallam yang jatuh pada 12 Rabiulawal, sukacita dimaklumkan yang AJK Pengurusan Masjid Al-Ehsan SS4A akan menganjurkan Majlis Sambutan Maulidurrasul 1431H. Majlis tersebut akan di adakan pada hari Sabtu, 13 Rabiulawal 1431H (bersamaan 27hb Februari 2010).