Tuesday, October 19, 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA 'IDUL FITRI & IKATAN SILATURAHIM KEJIRANAN SS4A DAN SEKITARNYA

Pada 26hb September 2010 bersamaan 17 Syawal 1431H yang lalu, pihak pengurusan Masjid Al-Ehsan SS4A Kelana Jaya telah menganjurkan Majlis Sambutan hari Raya 'Idul Fitri 1431H & Ikatan Silaturahim bertempat diperkarangan masjid dimana semua penduduk (termasuk yang bukan Muslim) kejiranan SS4A dan sekitarnya telah dijemput. Majlis ini bermula daripada selepas solat 'Asar dan berakhir pada jam 7.00 malam. Majlis tersebut mendapat sambutan yang menggalakan dengan kehadiran dianggarkan melebihi 300 orang dari kalangan penduduk Muslim dan bukan Muslim. Ini merupakan kali kedua diadakan majlis seperti ini dimasjid ini. Dengan sambutan dan maklumbalas yang baik yang diterima dari yang hadir, insyaAllah, penganjuran majlis yang sama akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang. Sila saksi video klip majlis tersebut.