Tuesday, February 2, 2010

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1431H

Sempena meraikan hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad Salallahu ‘alaihiwasallam yang jatuh pada 12 Rabiulawal, sukacita dimaklumkan yang AJK Pengurusan Masjid Al-Ehsan SS4A akan menganjurkan Majlis Sambutan Maulidurrasul 1431H. Majlis tersebut akan di adakan pada hari Sabtu, 13 Rabiulawal 1431H (bersamaan 27hb Februari 2010).

Berikut adalah aktiviti yang telah dirancang untuk diadakan pada hari tersebut:

1. Majlis Aqiqah
2. Pertandingan Azan – Remaja Lelaki
3. Nasyid, Berzanji & Marhaban
4. Ceramah Khas Maulidurrasul
5. Jamuan Makan Maulidurrasul

Majlis Aqiqah

Seperti yang telah dilakukan pada masa tahun tahun yang lalu pihak masjid akan membeli seekor lembu untuk tujuan aqiqah. Harga caruman bagi setiap bahagian ialah RM400 termasuk kos bahan bahan untuk memasak. Daging dari aqiqah ini akan dimasak dan dijadikan juadah jamuan makan malam. Alhamdulillah, ketujuh-tujuh bahagian telah pun diambil oleh tiga pencarum.

Pertandingan Azan – Remaja Lelaki

Bagi memeriahkan lagi perayaan ini, pihak masjid akan menganjurkan Pertandingan Melaungkan Azan. Selain dari memeriahkan acara, tujuan diadakan pertandingan ini adalah bagi mengenal pasti barisan pelapis untuk keperluan akan datang. Pertandingan ini dibuka kepada kanak-kanak & remaja lelaki berumur diantara 10 tahun hingga 18 tahun. Sekiranya ada anak atau ahli keluarga yang lain yang berminat, sila masukkan nama didalam senarai yang telah disediakan (di papan kenyataan masjid). Hadiah-hadiah yang disediakan sebagai galakan adalah seperti berikut:

Tempat Pertama - RM100.00
Tempat Kedua - RM 70.00
Tempat Ketiga - RM 50.00
Saguhati (untuk peserta yang tidak menang)- RM 30.00

Aturcara pada hari sambutan tersebut:


























AJK Pengurusan Masjid Al-Ehsan SS4A dengan besar hati menjemput semua ahli kariah untuk turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis kita ini.

Sekian.

Wassalam

Balik keLaman Utama >>




No comments:

Post a Comment