Sunday, February 21, 2010

Pertandingan Azan - Pusingan Saringan

Alhamdulillah, pusingan saringan Pertandingan Azan sempena sambutan Maulidurrasul 1431H telah dijalankan dengan jayanya pada 19hb Februari selepas solat maghrib. Sebanyak 15 peserta kanak-kanak dan remaja berumur antara 10 dan 14 tahun telah memperdengarkan laungan azan masing masing. Oleh kerana tiada bimbingan yang diberikan kepada para peserta sebelum pertandingan, setiap peserta telah menyampaikan azan dengan cara & gaya masing masing yang adakalanya melucukan juga. Nama-nama peserta adalah seperti berikut:


  1. MUHAMMAD AZAM B. ZULKIFLI 14 tahun
  2. MUHAMMAD HAZIMI B. HELME 10 tahun
  3. MUHAMMAD WAFIUDDIN 12 tahun
  4. MUHAMAD FAHMI AINUDDIN B. ZAINUDDIN 13 tahun
  5. MUHAMAD LUKMAN HAKIM B. MD. FUAT 14 tahun
  6. SHAMIN YURI 14 tahun
  7. NAIM YURI 12 tahun
  8. ADAM YURI 10 tahun
  9. MUHAMMAD AQIL B. ZULKIFLY 10 tahun
  10. MUHAMMAD AQLAN B. ZULKIFLY 10 tahun
  11. AHMAD ZULHILMI B. ABDUL RAHSID 14 tahun
  12. AISAR TAKIF 11 tahun
  13. WAN RAZIN HIFZAN B. WAN AHMAD HIRZA 13 tahun
  14. WAN RAZIN HADRI B. WAN AHMAD HIRZA 11 tahun
  15. MUHAMMAD HAKIMIE B. HELME 12 tahun
Berikut adalah gambar gambar peserta-peserta ketika beraksi


































Pusingan saringan ini telah dihakimi oleh 4 juri terdiri dari Ustaz Hj Jamhari Basri (Imam 1), Tan Sri Abdul Razak Ramli (ahli kariah), Hj. Abdul Ghaffur Ramli (Nazir) dan Hj. Mohamed Hussain (Bilal 2).






Para peserta bersama-sama para juri






Enam peserta yang telah melayakkan diri untuk memperdengarkan laungan azan mereka pada hari sambutan Maulidrrasul pada 27hb Februari adalah
  1. MUHAMMAD AZAM B. ZULKIFLI
  2. MUHAMMAD WAFIUDDIN
  3. SHAMIN YURI
  4. AHMAD ZULHILMI B. ABDUL RASHID
  5. WAN RAZIN HIFZAN B. WAN AHMAD HIRZA
  6. WAN RAZIN HADRI B. WAN AHMAD HIRZA
Tahniah kepada mereka yang berjaya. Kepada yang tidak berjaya, boleh cuba lagi pada tahun hadapan.

AJK Pengurusan Masjid Al-Ehsan SS4A berazam untuk menjadikan aktiviti ini sebagai satu acara tahunan dengan harapan ianya akan menjadi pemangkin kepada mengadakan pertandingan azan antara masjid-masjid (& surau-suarau) dikawasan Kelana Jaya ini dan seterusnya keperingkat yang lebih besar.

Sekian, wassalam.

Balik keLaman Utama >>

No comments:

Post a Comment