MASJID AL-EHSAN SS 4A KELANA JAYA
SEJARAH RINGKAS
- 1979 - SS4A Kelana Jaya (dahulu dikenali sebagai SS4A Taman Subang) mula didiami penduduk yang mana 78 buah rumah adalah milik penduduk Islam.
- 1980 - Jawatankuasa Penaja Penduduk Penduduk SS4A Taman Subang ditubuhkan bagi menyelaras perancangan pembinaan sebuah surau untuk kegunaan kegiatan ibaadah. Sementara pembinaan surau masih dalam perancangan, solat berjemaah Maghrib dan Isya’ diadakan dirumah jemaah secara bergilir
- Januari 1981 - Surau Al-Ehsan SS4A mula dibina dengan menggunakan plywood dan kayu lama sumbangan dari sebuah syarikat diatas tapak disudut padang permainan kanak kanak. Ia dirasmikan pembukaannya oleh Mufti Selangor pada 17 Okt 1981.
- Disember 1986 - Surau baru dua tingkat (dari bata & konkrit) pula dibina diatas tapak yang sama (setelah surau lama dipindahkan ke tapak sementara) dengan perbelanjaan lebih RM 300,000 hasil sumbangan daripada kerajaan dan penduduk SS 4A serta orang ramai.
- Oktober 1987 - Surau baru siap sepenuhnya dan mula digunakan dengan rasminya
- Julai 1997 - Sembahyang Jumaat mula diadakan dengan kebenaran pihak JAIS.
- 2001 - Perancangan bagi mengubahsuai dan penambahan ruang Surau Al-Ehsan dengan anggaran belanja RM 300,000 mula dibuat. Dana pembangunan dikumpul melalui kutipan derma daripada dermawan dan permohonan bantuan daripada pihak JAIS dan Baitul Maal.
- 2002 - Kerja-kerja pembinaan bagi mengubahsuai Surau Al-Ehsan dijalankan.
- February 2003 - Kerja pengubahsuaian dan tambahan ruang siap sepenuhnya dengan dengan perbelanjaan berjumlah RM 500,000. Selain penambahan ruang dan reka bentuk baru, luar dan dalam, ruang solat utama masjid kini dilengkapi dengan sistem pendingin udara.
- 2006 - Status surau ditukar kepada Masjid oleh pihak JAIS.
- KINI - Masjid Al-Ehsan, selain menjadi pusat perlaksanaan ibadah dan pengembangan ilmu juga berfungsi sebagai pusat pengukuhan ukuwah dan silaturrahim bagi penduduk kariah SS4A dan kariah kariah sekitarnya
LOKASI MASJID
Alamat:
Masjid Al-Ehsan
Jalan SS 4A/4 Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya
Selangor
Koordinat GPS : N3.10808 E101.60901
CARTA ORGANISASI
Carta organisasi masjid versi pdf boleh dimuat turun di sini
MEMASYARAKATKAN MASJID
Selaras dengan matlamat menjadikan masjid sebagai pusat pembentukan masyarakat yang dapat memainkan peranan ke arah meningkatkan syiar Islam, pihak Pengurusan Masjid Al-Ehsan telah berusaha menjalankan berbagai aktiviti yang menjurus kearah pencapaian matlamat tersebut.
Aktiviti aktiviti yang dijalankan secara istiqamah adalah :
Aktiviti Ibadah
- Solat Fardhu berjemaah
- Solat Jumaat
- Solat Tarawih & Witir pada bulan Ramadhan
- Solat sunat Idil Fitri dan Idil Adha
- Sambutan Maulidurrasul dan hari hari penting dalam Islam
Aktiviti aktiviti bagi pengembangan ilmu
- Ceramah agama sebanyak lapan hingga sepuluh kali sebulan
- Bersiri menggunakan kitab
- Umum
- Tazkirah selepas solat subuh sekurang kurangnya sekali seminggu
- Kelas Bahasa Arab sekali setiap minggu (hari Selasa)selepas solat Isya’
- Kelas Bahasa Al Quran sekali setiap minggu (hari Jumaat) selepas solat Isya’
- Ceramah Kesihatan
Aktiviti aktiviti bagi merapatkan silaturahim antara jemaah
- Membaca Yaasin dan tahlil setiap malam Jumaat
- Takbir dari rumah kerumah pada malam Idil Fitri dan Idil Adha
- Bergotong royong menyembelih lembu dan memasak makanan bagi jamuan majlis Maulidurrasul
- Menyempurnakan ibadat qurban secara bergotong royong
- Menyediakan juadah moreh secara bergilir gilir pada bulan Ramadhan
Aktiviti bagi memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
- Menyempurnakan pengurusan jenazah jemaah atau ahli keluarga yang meninggal dunia
Aktiviti aktiviti bagi menarik golongan muda mendekati masjid
- Menyediakan kemudahan sukan (ping pong)
- Menganjurkan pertandingan sukan untuk golongan remaja (sepak takraw)
- Menganjur program motivasi dan “summer camp”
- Mengadakan majlis Qiamulail khas untuk gulungan muda yang dipimpin oleh tokoh pemuda
Aktiviti aktiviti bagi menarik minat masyarakat bukan Islam
- Berkerjasama menganjurkan pertandingan futsal antara remaja SS4, SS4A, SS4B, SS4C & SS4D
- Menyediakan kemudahan bilik mesyuarat kepada Majlis Perwakilan Penduduk
- Menerajui usaha pembentukan Persatuan Penduduk dan penubuhan Rukun Tetangga
KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR - MESRA JEMAAH
Masjid ini yang dibina dua tingkat menyediakan berbagai kemudahan bagi kemaslahatan jemaah
- Satu Bilik Mesyuarat /Kelas
- Satu Bilik Pejabat
- Satu Bilik Mandi Jenazah
- Satu Ruang Stor
- Dua Ruang Serbaguna – Jamuan
- Satu Dapur Lengkap
- Satu Tempat Ambil Wuduk Tertutup
- Dua Tempat Berwuduk Terbuka
- Dua Tandas Lelaki & Wanita
- Bangsal/Gelanggang Ping Pong
- Satu Katil Urut
Tingkat Satu Menempatkan Ruang Ruang Solat & Kemudahan Berikut
- Satu Dewan Solat Utama (berhawa dingin)
- Satu Ruang Solat Wanita (berhawa dingin)
- Tiga Ruang Solat Terbuka (udara segar)
- Koleksi buku buku rujukan
- Ruang Bacaan Kanak kanak
MASJID DI DALAM TAMAN
Selain dari menyediakan berbagai kemudahan, pihak pengurusan masjid juga berusaha mencantikkan kawasan sekeliling dengan membuat lanskap bagi menghidupkan konsep Masjid Di Dalam Taman