- OLEH USTAZ MUHAMMAD BIN ABDULLAH (9hb October 2009)
Setiap manusia hendaklah bersedia menghadapi mati kerana ia pasti akan tiba.
Tujuh (7) Perkara Pengurusan Akhirat yang mesti disempurnakan setiap muslim sebelum mati:-
1. Rukun Iman yang enam telah disempurnakan
Rukun rukan iman:
i. Percaya kepada Allah
ii. Percaya kepada Malaikat
iii. Percaya kepada Rasul
iv. Percaya kepada Al Quran
v. Percaya kepada hari Kiamat
vi. Percaya kepada Qada’ dan Qadar
Perkara yang akan merosakkan iman seseorang Muslim ialah syirik kepada Allah.
2. Rukun Islam yang lima telah disempurnakan
Rukun rukun Islam:
i. Mengucap dua kalimah syahadah
ii. Mengerjakan sembahyang lima waktu
iii. Berpuasa di bulan Ramadhan
iv. Membayar zakat
v. Mengerjakan haji di Makkah (kepada yang berkemampuan)
3. Telah mengerjakan solat dengan khusyu’ (menghadirkan diri dalam solat)
· Solat itu adalah bagi mengingati Allah. Dari itu perlulah khusyu’ didalam solat
· Solat hendaklah didahulukan dari segalanya
· Solat itu ialah mendoakan diri sendiri kerana pada setiap rakaat dibaca surah Al-Fatihah dimana didalamnya ada kalimah
4. Telah meninggalkan perkara yang diharamkan Allah
i. Haram pada aqidah ialah Syirik
ii. Haram pada perbuatan adalah dosa
iii. Haram pada hati ialah sifat sifat mazmumah
5. Telah menulis segala hutang:
6. Telah menyempurnakan taubat
Sabda Nabi SAW, maksudnya: “Taubat itu satu penyesalan”
3 Peringkat Taubat:
i. Taubat orang awam – tidak melakukan dosa dosa besar tetapi tidak sedar masih lagi melakukan dosa-dosa kecil
ii. Taubat orang khusus – sentiasa menjaga agar tidak melakukan dosa besar mau pun yang kecil
iii. Taubat orang khusus khusus – sentiasa menjaga supaya tidak melanggar larangan Allah bukan kerana takut melakukan dosa tetapi takut amalan-amalan yang dilakukan kurang sempurna
7. Telah membuat amalan yang kekal pahalanya.
Amalan-amalan yang kekal pahalanya adalah:-
i. Anak salih yang sentiasa mendoakannya
ii. Ilmu yang bermanfaat – murid mengamalkan ilmu yang diajarnya
iii. Sedekah jariah yang sentiasa mengalir pahala nya – seperti membina masjid, sekolah dll
_________________________________________________________________________________
IBADAT QURBAN
- OLEH USTAZ DR. SHIHABUDIN MUHEIMIN (18HB Oktober 2009)
Hukum mengerjakan ibadat Qurban ialah sunat muaqad setiap tahun bagi yg mampu.
Tujuan melakukan ibadat qurban
1. Untuk menambah amalan & pahala (kerana setiap helai bulu haiwan korban dikira sebagai satu amalan)
2. Bagi menghapus dosa2 kecil (kerana setiap titisan darah akan menggugurkan dosa)
3. Bagi menaikkan taraf syurga
4. Sebagai kenderaan di hari kiamat
5. Sebagai keberkatan rezeki
6. Sebagai tanda kesyukuran diatas nikmat yg diberikan
7. Sebagai sedekah orang yang kaya kepada orang yang miskin
8. Seabagi tanda kekuatan ekonomi umat Islam
9. Untuk mengikut syariat Nabi Ibrahim
Ibadat Qurban itu ialah menyembelih binatang:
1. Yang tertentu, ia itu yang
a) Berkaki 4
b) Jinak (bukan buas)
c) Dipelihara (melainkan himar)
d) Cukup umur
e) Tidak sakit & cacat, ia ini, tidak
i. buta atau juling matanya
ii. patah kakinya
iii. putus ekornya
iv. putus telinganya
v. patah tanduknya
vi. kurus badannya (kurang daging)
vii. berpenyakit
viii. bunting
2. Pada waktu yg tertentu pada 10 Zulhijjah & 3 hari-hari tasyrik (mengikut mahzab Shafie)
a) Waktu mula masuk waktu dhuha
b) Waktu berakhir pada waktu 'asar
3. Dengan cara yang tertentu, ia itu:
a) binatang hendaklah dibersihkan
b) binatang hendaklah dalam keadaan kenyang
c) binatang hendaklah diikat kuat-kuat
d) binatang hendaklah dibaringkan dan dihadapkan kearah kiblat (kepala sebelah kiri)
e) Menyembelih hendaklah menggunakan senjata yang tajam
f) Halakan pisau dihalkum
g) Potong leher binatang dengan tidak mengangkat senjata, sehingga putus urat leher
h) Berdoa dan takbir semasa menyembelih
4. Dengan syarat2 tertentu, ia itu:
a) Orang yg menyembelih hendaklah
i. Islam
ii. Baligh
iii. ‘Alim
iv. berakhlak
v. lelaki
a) Orang yang hendak mengerjakan ibadat qurban hendaklah:
i. Islam
ii. Baligh
iii. Merdeka
iv. Sihat/waras
v. Mampu - 7 tahap kemampuan, ia itu:
Tahap 1 - menyembelih seekor unta (yang termahal) untuk setiap ahli keluarga
Tahap 2 - menyembelih seekor lembu untuk setiap ahli keluarga
Tahap 3 - menyembelih seekor kambing untuk setiap ahli keluarga
Tahap 4 - menyembelih seekor lembu untuk sekeluarga
Tahap 5 - menyumbang satu bahagian untuk setiap ahli keluarga
Tahap 6 - menyumbang seekor kambing untuk sekeluarga (wakil satu nama)
Tahap 7 - menyumbang satu bahagian untuk sekeluarga (wakil satu nama)
Wallahua’lam
Disediakan oleh:
Hj. Md. Fuat Hj. Ahmad
Setiausaha Masjid Al-Ehsan SS4A