Sembang Ilmu

-->
 Ruangan ini memaparkan berbualan antara beberapa orang pemuda yang bersaudara mengenai berbagai topik yang berkaitan dengan ajaran Agama
Rencana ini ditulis oleh seorang penulis dari kalangan ahli kariah. Ianya adalah hasil dari pengumpulan maklumat berdasarkan kepada kitab-kitab sediada. Pihak Jawatankuasa Masjid Al-Ehsan SS4 TIDAK BERTANGGUNGJAWAB di atas ketepatan fakta-faktanya.



SEMBANG 8: KENTUT SIHAT TETAPI BATAL WUDUK              
-->
(Perbualan 4 bersaudara  MULIA,  sepupunya  FAEZ, dan adik-adik mereka TEGUH dan AKHTAR)
 TEGUH: Dalam mazhab Syafie rukun wuduk ada 6 iaitu niat, membasuh muka, membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sebahagian kepala, membasuh kedua kaki hingga ke buku lali, dan tertib. Ada tak perkara lain yang perlu kita beri perhatian semasa mengambil wuduk?
FAEZ: Alhamdulillah, Teguh dan Akthar dah tahu rukun wuduk. Apa yang kita hendak bicara di sini adalah ilmu-ilmu tambahan yang kebanyakkannya sunat sahaja, tetapi boleh mendatangkan munafaat yang besar kepada pengamalnya. Kita perlu sentiasa ingat bahawa pengamal yang berilmu, biarpun penokoktambah ilmunya  sebesar atom tetapi tidak putus-putus, ganjaran pahala amalannya tidak sama dengan mereka yang ikut-ikutan seperti gerabak keretapi  tanpa muatan.
MULIA: Kalau di perhatikan bahawa anggota wuduk adalah anggota-anggota “hujung badan”, yang kerap di gunapakai dan terdedah kepada alam sekitar. Apa yang hendak kita sucikan ialah pada kulit anggota-anggota berkenaan. Skin is the largest organ in the body. Jika kita tibarkan ianya lebih kurang 12 hingga 20 sq ft berasakan mengikut saiz badan. Beratnya lebihkurang 12% of our body weight. Kulit manusia ada 3 lapis iaitu epidermis, dermis dan hypodermis. Epidermis is the outermost layer of the skin which provides waterproofing and serves as a barrier to infection.  Ada beberapa fungsi kulit seperti perlindungan daripada bacteria, mencegah dehidrasi, menyimpan lemak, dan sintesis vitamin D.
FAEZ: Kita kerap mengambil wuduk dengan meletakkan anggota di bawah paip dan membiarkan air mengalir membasahi anggota-anggota wuduk berkenaan. Ianya sah, no doubt about it. Kira-kira 5000 tahun yang lalu pengamal perubatan Cina telah memperkenalkan acupuncuture iaitu satu keadah rawatan menggunakan jarum halus dicucuk ke badan pesakit. Dengan izin Allah, berbagai penyakit kronik dapat disembuhkan, dan popularitinya merebak hingga ke US dan Europe. Kaedah ini telah mengenalpasti 66 acupuncture points utama di badan manusia. Daripada jumlah tersebut  61 points terdapat di anggota-anggota  wuduk termasuk telinga, dan baki 5 points lagi itu di antara buku lali hingga ke lutut .
MULIA: Dengan ini apabila kita mengambil wuduk, seboleh-bolehnya kita mengosok perlahan-lahan segala anggota wuduk, mudah-mudahan kita mendapat rangsangan kesegaran sistem saraf sepertimana banyak di amalkan dalam ilmu sains refleksologi.  Gently massage our face with circular motions. Then massage the tendons on the back of our hand by pushing upwards in the direction of the wrist. Each finger is given a gentle squeeze and rotated at the joints to loosen the stiffness in the tendons. Gently pull on the fingers to release any tension building up in them and make them more dexterous. Do not scrub because over-washing can cause skin to become irritated. We need to hydrate our skin with water. Hydrated skin is healthy skin. Water helps to detoxify our skin, ridding us of elements that make us ill. Regular ablution (wuduk) will prevent our skin from absorbing environmental pollutants.
FAEZ: Ianya akan lebih afdal lagi jika dilakukan dengan air sejimat mungkin iaitu tidak melebihi satu liter bagi kesempurnaan wuduk. Kami pernah mengambil wuduk dengan air ½ liter sahaja. Penjimatan air ini sangat digalakkan oleh Rasulullah. Tetapi ramai kawan-kawan kita mengatakan “Tak banyak rugi sebab bayaran air murah”. But please remember our piped water at home contains chorine. Chlorine is a very toxic gas, and if too much of it can possibly irritate our respiratory system and can have an adverse effect on human health and corrosion of the teeth. But in our country it is still bearable and not yet that life-threatening. All these could happen because our skin can absorb contaminants from water. Another point is that water itself removes moisture from our skin. There is a layer of oil present on all our bodies, but once immersed in water for considerable period, the oil disappears. This allows for the dryness to set in. However, the time taken for the ablution process does not take long.  The moral of the story is “jangan membazir air semasa pengambilan wuduk”.
AKHTAR: Ni saya ada gambar2 rajah yang menunjukkan acupuncture points. Mungkin kita boleh memberi lebih pressure dengan menekan lokasi-lokasi di mana kita menghadapi masaalah kesihatan. Seperti contoh jika kerap mengalami pening-pening (dizziness) kita boleh tumpukan gosokkan wuduk di atas bibir (No 10), atau kalau stress maka gosok di kedua-dua hujung dan bawah bibir (No. 9 dan 11). Sila rujuk rajah di bawah.   



AKHTAR: Dari badan kita ni ada mengeluarkan berbagai angin, seperti kentut, sedawa dan menguap. Bagaimana kejadian ini boleh berlaku?
FAEZ: Penyabab kentut ialah berpunca dari makanan yang banyak fiber seperti sayur-sayuran, udara yang tertekan, makan terburu-buru, makan tanpa kunyah, dan minum soft drink. When a food does not break down completely in the stomach and small intestines, the food makes it into the large intestine in an undigested state, produces gases such as hydrogen, carbon dioxide, nitrogen and methane. Asal ketut adalah dari gas-gas ini di dalam usus. Gas ini datangnya daripada gas yang kita telan semasa berbicara begini, gas yang menerobos ke usus dari darah, dan gas dari bakteria dalam perut. Makin banyak udara kita telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut. Eventually these gases exit through the rectrum.
TEGUH: Yang bom  beracun tu macam mana boleh terjadi?
MULIA: Kentut berbau busuk kerana kandungan hydrogen sulphide yang mengandungi sulphur dalam usus besar. Makin banyak kandungan sulphur dalam makanan, makin banyak sulfida di hasilkan oleh bakteria dalam perut dan makin busuk kentut kita.     
AKHTAR: Kalau kita tahan kentut, gas tu pergi ke mana?
FAEZ: Kentut yang tidak terlepas atau di tahan  akan diserap dalam darah, kemudian bepindah  ke bahagian atas menuju usus. Tetapi apabila sampai masa akhirnya ia  keluar juga, ia tidak  lenyap tetapi hanya mengalami penangguhan.
TEGUH: Normally anything that bestows by Allah has numerous benefits, I believe so does flatulence (kentut).
MULIA: Both of you are bright boys. Flatulence in most cases is signs of a healthy digestive system. However if uncontrollable then it is beginning signs of colon cancer and irritable bowel syndrome. It acts as a barometer. On an average it can occur 14 times in a day and its volume as little as one cup of gas to ½ gallon per day. Komposisi kentut puratanya mengandungi  59% nitrogen, 21% hydrogen, 9% carbon dioxide, 7% methane, 3% oksygen dan 1% gas lain-lain. Speed kelajuan keluarnya ialah 11 kph dan kepanasannya 98.6 F.
AKHTAR: Jadi mengapa ianya membatalkan wuduk?
FAEZ: Hanya Allah yang maha Mengetahui. Kita boleh mengaggak tetapi mungkin tidak tepat. Kentut serupa seperti najis daripada segi perjalanan saluran keluarnya, hanya najis berbentuk boleh di lihat tetapi kentut tiada bentuk sebab ianya gas. Memandangkan najis berbentuk maka ianya perlu di cuci dengan air atau batu seumpamanya, tetapi kentut adalah gas semata-mata maka ianya  di anggap sangat ringan tetapi sensitive kepada wuduk.
AKHTAR: Sedawa dan menguap  pula bagaimana?
FAEZ:  Sedawa muncul dari perut dan mengandungi  lebih banyak udara, tetapi kentut lebih banyak gas. Sedawa biasanya mengeluarkan bau makanan yang kita makan. Orang Malaysia banyak sedawa semasa musim durian. Pening di buatnya jika jiran jemaah kita sedawa berbau durian. Burp(sedawa) or belch is a very natural process in which air is expelled out through the oral cavity. Whenever we eat or drink some amount of air is also swallowed. Most of it is pushed into the stomach but some maybe trapped at the lower end of the esophagus or the food pipe. This air comes out through the mouth resulting in a burp. Even though it's a very natural process, excessive burping or if associated with pain, heartburn, vomiting, nausea, decreased appetite should be viewed with concern.
MULIA: Menguap sering berlaku di saat seseorang merasa letih atau mengantuk. Penyebabnya adalah jumlah oksigen di paru-paru yang rendah.When you inhale, the air taken in is filling your lungs. Menguap mudah menular. Orang kedua yang kena jangkitan menguap itu tidak semestinya mengantuk tau letih. Apa sebabnya masih dicari  jawapannya.

(InsyAllah, next Sembang-Sembang will be regarding electricity on human body in relation to solat}


-->
SEMBANG 7:                   KEJADIAN  ALAM 15  BILLION TAHUN YANG LALU?
MULIA dan FAEZ, adalah sepupu di mana ibu mereka adalah adik beradik. Mereka berdua suka bersimbang dan kerap di temani oleh TEGUH (adik kepada Mulia) dan AKHTAR (adik kepada Faez). 

FAEZ: Assalamu’alaikum, sekarang ini ada saintis menyatakan bahawa alam (universe) ini telah terjadi kira-kira 14 atau 15 billion tahun yang lalu, dan umur dunia (earth) pula lebih kurang 4.5 billion tahun. Berita ini boleh di rujuk melalui Internet, cuma kita perlu berhati-hati agar ianya tidak bercanggah dengan al-Quran dan sunnah.
MULIA:Wa’alaikumusalam. Saya ada terbaca sebuah buku bertajuk “Quran Saintifik” karangan Dr Danial Zainal Abidin. Dia tulis fasal kejadian alam. Ini satu topik yang berat kerana  tidak ramai ustaz yang arif dalam bidang ini. InsyAllah kita cuba, dengan izin Allah, memahami segala perjelasan dalam buku ini.
TEGUH: Boleh ke kita percaya apa yang dia tulis kerana dia bukan ustaz dalam bidang al-Quran. Tadi abang kata berhati-hati dengan maklumat Internet.
FAEZ: InsyAllah kita boleh percaya. Dr Danial adalah kelulusan dalam bidang perubatan dari Universiti Alexandria Mesir. Di Mesir banyak orang-orang alim yang warak dan berilmu. Sudah tentu Dr Danial berguru dengan mereka. Di samping itu, buku ini ada 2 orang tokoh agama memberi kata penghantar iaitu Mufti negeri Perak dan Mufti negeri Perlis. Dengan 2 orang tokoh yang sangat berilmu ini kita boleh yakin mereka telah membaca isi kandungan buku ini dan memastikan akidah Islam tetap di pelihara.
AKHTAR: kami tak sabar nak dengar fasal kejadian alam.
FAEZ: Kita membincangkan kejadian alam berdasarkan kepada buku “Quran Saintifik” penulisan Dr Danial Zainal Abidin. Perlu ingatkan bahawa apabila kita membincangkan al-Quran dengan penemuan sains, kita mesti jelas di sini bahawa bukan dengan penemuan sains baharu kita nak kata al-Quran itu betul. Tetapi sebenarnya al-Quran sudah lama menyebutnya, hanya baharu ini sahaja sains temui. Seperti contoh dalam proses kejadian bayi, surah 23 al-Mukminun ayat 14 dan beberapa ayat lain menyatakan secara terperinci. Penemuan sains dengan kefahaman yang betul mengenai perkara ini hanya pada tahun 1941. Dengan lain perkataan, al-Quran mendahului penemuan sains.
AKHTAR: Adakah dunia ini wujud dalam bentuk yang kita lihat sekarang ini daripada mula-mula lagi ke?
FAEZ: Mari kita tengok surah 41 Fussilat ayat 9 hingga 12 mengenai kejadian alam ini. Ayat-ayat ini bermaksud “Katakanlah (Muhammad): Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa, dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya! Yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan sekalian alam. Dan Ia menjadikan di bumi gunung-gunung yang menetapnya (tersergam tinggi) di atasnya, serta Ia melimpahkan berkat padanya dan Ia menetukan ada padaNya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat masa. Kemudian Ia menujukan kehendakNya kearah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Ia berfirman kepadanya dan kepada bumi: Turutlah kamu berdua akan perintahKu, samada dengan sukarela atau dengan  paksa! Kewduanya menjawab: Kami berdua sedia menurut – patuh dengan sukarela. Lalu Ia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa; dan Ia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing. Dan kami hiasi langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan  bintang-bntang yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah keterangan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui”.
MULIA:  Kalau kita kira bilangan masa pada surah 41 Fussilat ini ianya berjumlah 8 masa, bukannya 6 masa. Nampak macam ada percanggahan dengan ayat-ayat lain yang mengatakan dengan jelas 6 masa iaitu pada surah 7 al-Araaf ayat 54, surah 10 Yunus ayat 3, surah 11 Hud  ayat 7 dan surah 25 al-Furqan ayat 59. Perjelasan di dalam Tafsir al-Quran al-Azim oleh Imam Ibn Kathir bahawa  Allah mencipta bumi dan apa yang terdapat di atasnya dalam 4 masa dan Allah mencipta lagit dalam 2 masa. Penciptaan bumi dan  kejadian gunung-gunung dll adalah 2 proses berlaku serentak. Seperti kiasan kita membuat 2 kerja serentak dan jika di kira man-day ialah 4 tetapi sebenarnya physical-day ialah 2 hari. Wallahua’lam, Allah sahaja yang mengetahui.
FAEZ: Surah 21 al-Anbiyaa’ ayat 30 Allah berfirman mengenai langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah bercantum dan kemudian dipisahkan antara keduanya; ayat 31 kejadian gunung untuk memantapkan dunia; dan ayat 32 kejadian langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal.
MULIA: Dr Danial menyusun kronologi kejadian alam mengikut 6 fasa. Fasa pertama di kenali Ledakan dan Pengembangan. Ledakan Big Bang yang terjadi lebih kurang 14 billion atau 15 bilion tahun dahulu. Alam ketika itu berumur hanya 10 millionths of a second old, di mana proses  pengembangan alam berlaku dalam keadaan suhu yang tinggi mencecah 10 kuasa 27 darjah Celsius atau 1 trillion degrees. Alam ini pada peringkat awal mengembang pada kadar 10 kuasa 50 daripada saiznya yang asal dan selepas itu proses pengembangan menjadi perlahan sedikit berbanding sebelumnya. NASA pada tahun 1996 melapurkan alam mengembang pada kelajuan 57 hingga 80 km sesaat semegapersaat (km/sec/Mpc). Walau bagaimanapun kajian menunjukkan semakin jauh sesebuah galaksi itu daripada bumi, semakin laju proses pengembangannya. Dalam proses pengembangan  angkasa dipenuhi elektron dan quarks.
FAEZ: Fasa kedua di panggil Penyejukan dan Kelahiran Nukleus. Pasa ini berlaku semasa umur alam lebih kurang 2 minit sahaja.  Suhu yang sebelumnya berada pada tahap yang tinggi, iaitu 10 kuasa 27 darjah Celsius turun ke paras 10 kuasa 8 darjah Celsius. Keadaan ini memungkinkan quarks bercantum sesama sendiri dan bertukar menjadi proton dan neutron. Percantuman proton dan neutron melahirkan nuklesus dan proses kelahiran nuklesus ini menjadi asas kepada kelahiran deuterium (heavy hydrogen), yang kemudiannya melalui beberapa reaksi menukar deuterium kepada helium. Tetapi atom berat tidak boleh diperolehi oleh sebab ketiadaan nuklesus yang stable with atomic weights of 5 or 8. Oleh kerana atom belum wujud lagi di peringkat ini, kosmo berada dalam keadaan gelap gelita.
MULIA: Fasa ketiga mengenai  Kelahiran Atom. Fasa ini memakan masa lebih kurang 300,000 tahun. Di peringkat ini elektron bercantum dengan proton serta neutron dan dengan itu lahir atom-atom seperti hydrogen dan helium. Kelahiran atom-atom ini menjadi titik permulaan kepada kelahiran chaya di kosmos. Suhu pada masa itu mencecah lebih kurang 10,000 darjah Celsius atau  10 kuasa 4 darjah Celsius.
FAEZ: Fasa keempat iaitu Asap dan Kelahiran Galaksi serta Bintang. Fasa ini bermula 300,000 hingga 1 billion tahun selepas Big Bang, atau 14 billion tahun yang lalu. Dua jenis gas wujud dan mendominasi angkasa, iaitu hydrogen (80%) dan helium (20%). Pada peringkat ini tarikan graviti menyebabkan gas-gas hydrogen dan helium yang bersuhu tinggi ini bercantum sehingga melahirkan gumpulan-gumpulan asap raksasa, seterusnya asap ini lahir galaksi seperti bintang-bintang. Srebahagian daripada bintang-bintang ini meletup sekali gus melahirkan oksigen. Oksigen bercantum dengan hydrogen dan melahitkan molekul yang stabil yang bernama air. Air memenuhi angkasa raya dan kawasan ini dikenali sebagai interstellar clouds.
MULIA: Fasa kelima iaitu Percantuman Galaksi, Kelahiran Black Hole, Supernovae dan Matahari. Fasa ini memakan masa daripada 1 billion hingga 9 billion tahun selepas ledakan Big Bang, atau 6 billion tahun yang lalu. Pada peringkat awal galaksi-galaksi bercantum antara satu sama lain sehingga menyebabkan kemusnahan sebahagian bintang. Bintang-bintang yang hancur bersama gas yang terhasil daripadanya, terhumban ke suatu pusat yang di kenali sebagai Black Hole.  Lubang ini terlalu  padat (very dense), tanpa ada isi padu (with no volume), tarikan graviti yang terlalu kuat, dan apa sahaja yang memasukinya, contoh cahaya, tidak mampu keluar daripadanya. Gas-gas yang disedut oleh Black Hole ini berada di tahap suhu yang tinggi sehingga mengeluarkan cahaya terang benderang yang pada hari ini dikenali sebagai quasars.
FAEZ: Proses kehancuran bintang-bintang yang pesat ini melahirkan ledakan yang dikenali sebagai Supernovae. Lendakan ini mengeluarkan elemen-elemen seperti oksigen, karbon,nitrogen, kalsium dan iron ke angkasa raya.  Now you know that the iron in your blood and the calcium in your bones are derived from these stars. Ianya juga mengeluarkan elemen-elemen berat seperti emas, perak, uranium, plumbum (lead) dll. Kesemua ini menjadi asas bagi melahirkan galaksi-galaksi baharu. Di penghujung fasa ini, lebih kurang 5 billion tahun dahulu, lahirlah matahari dan sistem solar.
MULIA :Fasa keenam iaitu kejadian Bumi dan Atmosfera dan Permulaan Hidupan. Fasa in berlaku 4.5 billion tahun yang lalu.  Di peringkat ini bermula kejadian bumi dan atmosfera yang berhubungan dengannya. Selepas 1 billion tahun kejadian bumi atau 3.5 billion tahun lalu baharulah lahir hidup-hidupan yang pertama di atas bumi.
FAEZ: Menurut al-Quran bahawa langit pada amnya dicipta terlebih dahulu berbanding bumi, tetapi secara khusus penciptaan sepenuhnya tujuh lapis langit berlaku selepas bumi. Kejadian langit mempunyai fasa-fasanya, iaitu sebelum dan selepas kejadian bumi. Kejadian langit berlaku kira-kira 5 billion tahun yang lalu, dan disusuli dengan kejadian bumi pula. Suhu bumi pada masa itu terlalu panas dan tidak sesuai untuk dihuni oleh sebarang hidupan. Selepas itu proses penyejukan berlaku dan dengan itu gas-gas dihasilkan terutama karbon dioksida, nitrogen dan air. Kemudian baharulah lahir logam-logam, diikuti tumbuhan-tumbuhan, kemudian haiwan dan disususli dengan alam manusia.
MULIA: Penciptaan di langit keakan-akan tiada noktahnya, kerana kewujudan bintang-bintang baharu kerap di jumpai. Adakan bintang-bintang ini baharu wujud atau sudah lama wujud tetapi kita baharu jumpa! Allah sahaja yang mengetahui. Pada tahun 2010 ini para saintis jumpa satu planet sebesar saiz Jupiter, mengelillingi matahari dan ianya di kenali sebagai CoRot-9b. Ianya bukan salah satu planet daripada Solar System  kita sediada, maka ianya di panggil exoplanets. Sejak tahun 1995 sebanyak 400 exoplanets yang suhu masing-masing melebihi 1000 darjah Celsius, telah dijumpai tetapi CoRot-9b yang pertama properties nya boleh dikaji secara mendalam.
MULIA:  Penemuan-penemuan sains ini di perolehi daripada saintis-saintis barat dari berbagai badan penyelidik  yang mampu membuat rumusan mereka hanya pada tahun-tahun awal abad ini, setelah beberapa peralatan canggih di cipta untuk membantu penyelidikan-penyelidikan mereka. Alhamdullilah kita umat Islam telah di beritahu kira-kira 1450 tahun yang lalu mengenai kejadian alam.
AKHTAR: Tetapi kenapa kita masih tidak bijaksana, biarpun segala ilmu ada pada umat Islam?
MULIA & FAEZ : (Terdiam sebentar tak tahu apa nak komen). Kita sebenarnya belum menghayati isi kandung al-Quran sepenuh. Wallahua’lam, Allah sahaja yang mengetahui.
                                                                                                                                                                (....bersambung)

SEMBANG 6:                   KEJADIAN  DUNIA DARI ASAP?
MULIA dan FAEZ, di temani oleh TEGUH (adik kepada Mulia) dan AKHTAR (adik kepada Faez).
AKHTAR: Assalamu’alaikum, Ada apa-apa cerita terbaharu?
MULIA : Wa’alaikumusalam. Kita masih belum lagi berjaya mengagak jarakmasa di antara kejadian Nabi Adam hingga kini. Biarpun mengikut perkiraan jarakmasa di antara satu nabi ke satu nabi yang lain telah diambil dan mendapat angka 17,000 tahun, di sifatkan jarakmasa ini  terlalu pendek atau dekat. Pihak radio IKIM 91.5 menganggarkan ratusan ribu tahun. InsyAllah kita akan terus berusaha mencari angka yang boleh di terima pakai oleh semua pihak.
FAEZ:  Sekarang ini ada saintis menyatakan bahawa alam ini telah terjadi kira 14 atau 15 billion tahun yang lalu, dan umur dunia pula lebih kurang 4.5 billion tahun. Berita ini boleh di rujuk melalui Internet, cuma kita perlu berhati-hati agar ianya tidak bercanggah dengan al-Quran dan sunnah.
MULIA: Saya ada terbaca sebuah buku bertajuk “Quran Saintifik” karangan Dr Danial Zainal Abidin. Dia tulis fasal KEJADIAN ALAM. Ini satu topik yang berat kerana  tidak ramai ustaz yang arif dalam bidang ini. InsyAllah kita cuba, dengan izin Allah, memahami segala perjelasan dalam buku ini.
TEGUH: Boleh ke kita percaya apa yang dia tulis kerana dia bukan ustaz dalam bidang al-Quran. Tadi abang kata berhati-hati dengan maklumat Internet.
FAEZ: InsyAllah kita boleh percaya. Dr Danial adalah kelulusan dalam bidang perubatan dari Universiti Alexandria Mesir. Di Mesir banyak orang-orang alim yang warak dan berilmu. Sudah tentu Dr Danial berguru dengan mereka. Di samping itu, buku ini ada 2 orang tokoh agama memberi kata penghantar iaitu Mufti negeri Perak dan Mufti negeri Perlis. Dengan 2 orang tokoh yang sangat berilmu ini kita boleh yakin mereka telah membaca isi kandungan buku ini dan memastikan akidah Islam tetap di pelihara.
AKHTAR: Ok...ok. Apa yang dia tulis fasal kejadian alam ini?
MULIA:  Sabar Akhtar! Kami baru sahaja baca buku ni. Dalam surah Fussilat ayat 11, Allah berfirman bahawa langit dan bumi di peringkat awal dahulu kosong daripada sebarang objek. Yang wujud hanyalah asap.
FAEZ: Surah al-Anbiyak ayat 30 Allah berfirman yang bermaksud “Apakah orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu kemudian kami pisahkan antara keduanya”.
TEGUH: Wah...banyak maklumat dalam al-Quran ini, tetapi sayang kita tak ambil pusing. Apa lagi!
MULIA: Kita sambung cerita kejadian alam ini pada bualan akan datang, sebab ceritanya panjang lagi.
FAEZ: Teguh dan Akhtar tahu tak bahawa kadar hujan yang turun di muka bumi ini sama pada setiap tahun? Sabar dahulu.....tunggu pada perbualan akan datang!


SEMBANG 5:                    ILMU SUNAT BANYAK MUNAFAAT
MULIA dan FAEZ, di temani oleh TEGUH (adik kepada Mulia) dan AKHTAR (adik kepada Faez).
AKHTAR: Assalamu’alaikum, Kita banyak berbicara tentang asal usul manusia, kejadian alam, dan dll. Ada seorang  kawan berkata ianya perbuatan membazir kerana ada ilmu lain yang lebih berfaedah lagi, dan ilmu yang kita berbicara ini hampir kesemuanya hanya sunat untuk di pelajari.  
MULIA : Wa’alaikumusalam. Tak taulah mungkin kawan itu sudah cukup ilmunya. Walau bagaimanapun manusia diizinkan oleh Allah bagi mengkaji asal usul manusia itu sendiri. Dalam surah al-Ankabut ayat 20 Allah berfirman, “Katakanlah, Berjalanlah di muka bumi ini dan perhatikanlah Allah menciptakan manusia dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi (di akhirat)”.
FAEZ: Saya tidak berapa ingat siapa yang meriwayatkan cerita di mana Allah memberi pahala kepada seorang manusia kerana mengerjakan solat sunat. Malaikat bertanya kepada Allah mengapa pahala solat manusia itu lebih daripada solat malaikat yang sentiasa sujud bersolat. Allah menjawab bahawa solat memang kerja wajib malaikat berkenaan, tetapi manusia ini mengerjakan solat sunat yang tidak dipaksa, dia buat semata-mata kerana Allah. Dengan itu jangan kita perlekehkan kerja-kerja sunat ini.
MULIA: Allah sememangnya mahu umat Islam memiliki minda yang kuat berfikir, kritikal, mampu menganalisis data dan fakta, serta berkemampuan membuat andaian yang munasabah dan kemudiannya membuat konklusi pada perspektif yang betul bertepatan dengan al-Quran dan sunnah.
TEGUH: Saya bersama Akhtar bercita-cita menjadi saintis Islam yang berjaya.
FAEZ: Alhamdulillah. Menjadi saintis adalah fardu kifayah. Islam memberi kebebasan kepada para saintisnya membuat apa jua kajian tetapi ingat sebagai manusia kita ada keterbatasan intelek. Semat dalam hati bahawa al-Quran adalah sumber rujukan nombor satu bagi umat Islam.  Wahyu mengatasi akal kerana wahyu datangnya daripada Maha Pencipta.
MULIA: Sains dalam Islam adalah sains yang berkonsepkan tauhid, yang akur kepada ketetapan Allah. Sains dalam Islam tunduk kepada al-Quran. Perlu diingatkan Rasulullah pernah bersabda bahawa sesiapa yang mentafsirkan al-Quran dengan menggunakan akal semata-mata, maka nerakalah tempatnya.
 FAEZ: Al-Quran tidak pernah tersilap, yang biasa tersilap adalah kefahaman kita tentang ayat-ayat berkaitan. Para cendikawan Islam berkata ada 2 jenis ilmu, iaitu “revealed knowledge” dan “acquired knowledge”. Ilmu yang pertama tu ialah wahyu daripada Allah, dan knowledge yang kedua boleh diperolehi daripada kajian sains, ekonomi, ilmu perniagaan dll.
AKHTAR: Ini bermakna jika kami hendak menjadi saintis, kami kena belajar al-Quran bersekali.
MULIA: Betul, tetapi bukan pada mereka yang hendak belajar sains sahaja, ia termasuk semua bidang seperti kajibumi, pemasaran, guaman, alam sekitar, akaun, akturis dll
TEGUH: Barulah kami faham. Terima kasih ya....abang-abang

SEMBANG 4:                     NABI ISA BUKAN ANAK TUHAN
MULIA dan FAEZ, di temani oleh TEGUH (adik kepada Mulia) dan AKHTAR (adik kepada Faez).
AKHTAR: Assalamu’alaikum bang, di sekolah tadi ada kawan Kristian menyatakan bahawa Nabi Isa adalah anak Tuhan kerana dia tidak berbapa.  
MULIA : Wa’alaikumusalam. Sejarah Nabi Isa ini bermula dari seorang bernama Imran dan isterinya Hannah. Mereka tiada anak dan sudah berumur. Hannah bernazar jika dapat anak, anak tersebut akan berkhidmatan di Baitulmaqdis. Tetapi Hannah dapat anak perempuan dan Imran telah meninggal awal. Nabi Zakaria (suami kepada kembar Hannah) sanggup menjaga bayi perempuan yang bernama Maryam ini. Apabila dewasa Maryam di tempatkan di suatu tempat yang mempunyai 7 lapis pintu, dan kunci bagi kesemua pintu-pintu ini dijaga oleh Nabi Zakaria sendiri. Tiada manusia lain boleh bertemu Maryam yang menghabiskan masanya beribadat kepada Allah. Dengan kuasa Allah, Maryam mengandung dan melahirkan Nabi Isa.
 FAEZ: Orang Yahudi tidak mahu mengiktiraf Nabi Isa kerana mereka memfitnah Maryam melakukan zina. Ini di sangkal oleh Allah melalui surah Ali Imran ayat 35. Kita sebagai umat Islam wajib mempercayai kesemua 25 Nabi yang disebut di dalam al-Quran termasuk Nabi Isa.
MULIA:  Orang Kristian pula terlalu mengagungkan Nabi Isa. Keyakinan pengikut Kristian bahawa Nabi Isa merupakan satu-satunya individu yang dapat menyelamatkan manusia dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Doktrin ketuhanan agama Kristian dikenali sebagai “Dogma of the Holy Trinity”. Ia merujuk kepercayaan bahawa Tuhan itu satu namun wujud dalam tiga peribadi (Persons). Peribadi yang dimaksudkan itu ialah Bapa (Father), Anak (Son) dan Roh Kudus (Holy Spirit).
FAEZ: Orang Kristian pernah menyoal Rasulullah mengenai bapa Nabi Isa ini dan dialognya lebih kurang berikut:-
Padri Kristian: Sekiranya Isa itu bukan anak Tuhan, maka siapakah bapanya?
Rasulullah : Bukankah kamu tahu manakan ada anak yang tidak menyerupai (physical dll )bapanya?
Padri Kristian: Setuju.
Rasulullah: Bukankah kamu tahu bahawa Tuhan kita itu hidup, tidak mati sedangkan Isa akan mati?.
Padri Kristian : Setuju
Rasulullah : Bukankah kamu tahu bahawa Tuhan kita menjaga segala sesuatu dan memeliharanya,     juga memberi rezeki?
Padri Kristian : Setuju
Rasulullah : Adakan Isa mempunyai yang demikian?
Padri Kristian: Tidak.
Rasulullah:  Bukankan kamu tahu bahawa Tuhan kita menciptakan Isa dalam kandungan mengikut sekehendakNya, sedang Tuhan kita itu tak makan, tak minum dan tak berhadas?
Padri Kristian : Setuju
Rasulullah:  Bukankah kamu tahu Isa itu dikandung ibunya sebagaimana perempuan-perempuan lain mengandung dan dilahirkan sebagaimana perempuan-perempuan lain melahirkan anak mereka. Kemudian disuapi makanan sebagaimana kanak-kanak lain disuapi, kemudian dia pun makan, minum dan juga berhadas.
Padri Kristian : Setuju
Rasulullah: Bagaimana boleh berlaku yang demikian seperti yang kamu dakwakan? (Nabi Isa mempunyai segala sifat manusia dan sangat berbeza dengan zat Allah –mana boleh menjadi anak Tuhan?)
Padri Kristian : (Terdiam.......)

MULIA: Ada  beberapa ayat al-Quran menceritakan mengenai kejadian beberapa orang manusia dalam bentuk yang luar biasa tanpa mematuhi undang-undang alam tabii. Mereka adalah Nabi Adam dan Nabi Isa. Nabi Adam dijadikan tanpa perantaraan ayah dan ibu, manakala Nabi Isa dijadikan tanpa bapa.
TEGUH: Seronoknya jika kita pandai dan tahu Bahasa al-Quran (bahasa arab) kerana banyak ilmu yang boleh kita pelajari.
AKHTAR: Bercerita fasal Nabi Adam, bagaimana dia di jadikan?
FAEZ: Nabi Adam berasal daripada tanah, ini berasaskan kepada surah al-Haj ayat 5 di mana Allah berfirman “Wahai manusia jika kamu meragui hari kebangkitan (maka ingatlah) kami menciptamu daripada tanah........”. Walau bagaimanapun penciptaan KETURUNAN Nabi Adam bukan daripada tanah sebaliknya daripada air yang mengandungi benih lelaki dan wanita. Ini di jelaskan dalam surah as-Sajdah ayat 8 yang bermaksud “Dan kemudian dia menjadikan keturunannya (manusia) daripada sari pati (sulalah) air yang hina (atau lemah)”.
MULIA: Satu lagi firman Allah dalam surah at-Tariq ayat 5 hingga 7 bermaksud “ Maka hendaklah manusia memperhatikan daripada apakah dia diciptakan? Dia diciptakan dari air yang terpancar, yang keluar dari antara sulbi dan taraib (dada)”.
TEGUH: Abang Mulia dan Abang Faez, kami ingat cukuplah untuk hari ini, pening juga kepala kami ni nak proses apa yang abang-abang cakapkan itu. Kami kena tanya dengan ibu dan umi pulak!
FAEZ: ok..ok. Kerana adik-adik abang ini baik-baik belaka mari kami belanja minum di restoran Syed!
               
SEMBANG 3:                     KENAPA ISRA’ MI’RAJ TAK BERMULA DARI MEKAH
MULIA dan FAEZ, di temani oleh TEGUH (adik kepada Mulia) dan AKHTAR (adik kepada Faez).
MULIA: Assalamu’alaikum, Faez… Akhtar. Ada cerita yang boleh kami kongsi ke?
AKHTAR: Wa’alaikumusalam, Abang Mulia…Teguh! Saya sedang baru aje tanya Abang Faez kenapa Rasulullah semasa Miraj, iaitu naik ke langit, tidak bermula dari Masjidil Haram? Kan ke Masjidil Haram tu lebih baik dari masjid Aqsa?
MULIA: Sebenarnya Allah sahaja yang mengetahui mengapa Rasulullah tak bermiraj dari Mekah. Kemungkinan sekiranya Rasulullah miraj dari Mekah naik ke Sidratul-Muntaha, sekembalinya  Baginda dan bercerita kepada orang Quraish, sudah pasti mereka akan menuduh Baginda berbohong. Kerana mereka sendiri tidak pernah tiba di Sidratul-Muntaha.
 FAEZ:  Tetapi apabila Rasulullah Isra’ dari Mekah ke Baitulmaqdis, pihak Quraish tidak boleh menafikannya kerana Baginda dapat menceritakan secara terperinci mengenai Baitulmaqdis dan perihal kabilah perdagangan Quraish serta bilangan unta yang dalam perjalanan pulang ke Mekah. Baginda memberitahu jangkamasa kabilah akan sampai dan keadaan salah seekor daripada unta-unta berkenaan. Apabila kabilah itu sampai, apa yang di ceritakan oleh Banginda adalah tepat.
MULIA: Israj atau perjalanan Rasulullah bukan dalam satu hari, tetapi satu malam sahaja. Jarak dari Mekah ke Baitulmaqdis dan balik semula lebih daripada 3,000 kilometre. Jarak dari dunia ke Sidratul-Muntaha, Allah sahaja yang tahu.
TEGUH: Berapa speednya dan tentu mengerunkan kerana terlampau laju.
FAEZ:    Kalau kita memandu kereta dengan kelajuan melebihi 150 km/jam, sudah tentu kita berasa kecut perut.Tetapi kelajuan Allah berbeza. Sekarang ni kita duduk dengan selesa, tetapi sebenarnya dunia kita berputar pada kecepatan 1,000 batu/jam. Bumi pula mengeliling matahari pada kelajuan 66,000 batu/jam. Dengan 2 gerakan ini, kita masih merasa sangat selesa. Begitu juga perjalanan Isra’ Miraj ini yang sangat pantas, sudah tentu Rasulullah merasa sangat nyaman sehingga dapat pulang memerhatikan kabilah Quraish itu.   
MULIA: Berlakunya Isra’ Miraj ini banyak yang kita boleh pelajari. Kesemuanya membuktikan kekuasaan Allah dan hanya Dia sahajalah yang wajib kita patuhi.


-->
BUALAN 2:                     NAK SEMBAHYANG DI MASJID AQSA
Rabu, 24 Rabiulawal 1431H bersamaan 10hb Mac 2010 
Selepas solat subuh MULIA dan FAEZ, ada masa terluang sedikit oleh sebab tiada solat sunat selepas solat subuh.
MULIA: Assalamu’alaikum, Faez! Saya teringat malam tadi menonton TV ada berita pentempuran polis Israel dengan penduduk Palestin di laman masjid al-Aqsa. Ganasnya polis Israel itu.
FAEZ: Wa’alaikumusalam. Ialah, ingat tak cerita di mana pengunjung akan disuruh membaca surah Al-Fatihah dengan lengkap oleh polis keselamatan Israel yang beragama Yahudi sebelum di benarkan memasuki masjid Aqsa untuk bersolat. Rakyat Malaysia tidak di benarkan ke sana, tapi....
MULIA: Betul tapi boleh dapatkan kelulusan khas daripada Kementerian Dalam Negeri atas  tujuan ziarah ibadah. Kita mesti dapat visa daripada Kerajaan Israel. Semua ini boleh di uruskan oleh agensi pelancungan di Malaysia ini. Setiap tahun rakyat Malaysia beragama kristian ramai ke sana. Tiada flight dari Malaysia terus ke Israel atau Tel Aviv. Biasanya mereka masuk melalui jalan darat dari Jordan atau Mesir. Pegawai imigresen Israel tidak akan cop paspot kita tetapi akan cop di atas kertas visa. Berbagai soalan akan ditanya kenapa nak masuk Israel dll, dan ada yang kena tahan sampai 4 jam. Ini perkara biasa.
FAEZ:  Ada 3 kawalan ketat perlu dilalui (1) imigresen (2) pintu tembuk tinggi masuk ke Baitulmaqdis atau Jerusalem dan (3) pintu masuk ke masjid Aqsa. Baitulmaqdis adalah bandar lama yang banyak sejarah. Ada bangunan berumur 3 ribu tahun yang lalu sejak Nabi Daud dan Nabi Suleiman lagi.  JIka pergi ke Baitulmaqdis jangan lupa membawa kamera, banyak pemandangan sejarah boleh dirakam.
MULIA:  Baitulmaqdis adalah tempat ibadat kepada 3 agama samawi iaitu Islam, Kristian dan Yahudi.  Imam Bukhari & Muslim ada meriwayatkan bahawa Rasulullah menyeru sekiranya kita hendak mengembara utamakan 3 buah masjid ini dahulu iaitu Masjidilharam, Masjid Nabawi dan Masjid Aqsa.
FAEZ:  Masjid Aqsa dibina 40 tahun selepas Kaabah, dan ganjaran 500 darjat jika bersolat didalamnya. Ianya pernah menjadi kiblat umat Islam selama 16 atau 18 bulan. Katanya ia tempat perkebumian lebih daripada 100 orang nabi, tau sahajalah orang Yahudi gemar membunuh nabi.  
MULIA: Orang kafir kata Islam agama pengganas, tetapi sejarah Baitulmaqdis membuktikan selepas peperangan Yarmuk tahun 637AD, khalifah Umar al-Khattab telah memberi kebebasan beragama kepada Yahudi dan Nasarani. Ini berjalan selama 1200 tahun Tetapi orang Yahudi, sepertimana banyak diperkatakan di dalam al-Quran, mereka  tidak bersyukur dan akan menafikan kesemuanya ini.
 FAEZ: InsyAllah, mudah-mudahan Allah mengizinkan kita sekeluarga dan ramai lagi umat Islam berpluang menuaikan solat di masjid Aqsa.
 MULIA: Amin! Faez, pagi tadi di radio IKIM ada memberitahu kewujudan dunia ini dah 4.5 billion tahun. Kejadian Nabi Adam pula mungkin dah ratusan ribu tahun.    




BUALAN 1:                                              BILAKAH NABI ADAM DIJADIKAN?
Ahad, 21 Rabiulawal 1431H bersamaan 7hb Mac 2010
 MULIA tiba dimasjid sebelum azan subuh dilaungkan dan melihat Faez sudah pun berada didalam masjid  dan dia sedang membaca sebuah kitab. Lalu, MULIA menyapa Faez: 
MULIA: Assalamu’alaikum, Faez! Kitab apa yang dibaca tu?
FAEZ:Wa’alaikumusalam. Kitab ni, Tafsir al-Quran tulisan Ahmad Sonhadji Muhammad, menceritakan fasal nabi-nabi. Mengikut kitab ini ada 124,000 orang nabi dan 313 orang rasul, bermula dengan Nabi Adam dan di akhiri dengan Nabi Muhammad. Saya tak sangka begitu ramainya nabi-nabi ini. Tapi yang tersenarai dalam al-Quran hanya 25 orang sahaja yang wajib kita ketahui. Sekarang ni saya sedang mencari tarikh permulaan kejadian Nabi Adam.
MULIA: Saya pun belum berjumpa kitab yang menyatakan secara terang tarikh-tarikh ini. Ada ulama tafsir memberi gambaran bahawa jarakmasa di antara Nabi Adam ke Nabi Nuh ialah 10 generasi. Nabi Adam dan Nabi Nuh hidup lebih daripada 1,000 tahun.  
FAEZ: Kalau begitu, jika kita anggap satu generasi di waktu itu 1,000 tahun seperti hayat Nabi Nuh, maka jarakmasa antara Nabi Adam hingga ke Nabi Nuh ialah kira-kira 10,000 tahun. Ini satu perkiraan rambang sahaja, mungkin tidak tepat.
MULIA:  Apa lagi yang kitab itu ceritakan?
FAEZ: Mengikut kitab berkenaan jarakmasa dari Nabi Nuh ke zaman Nabi Ibrahim di fahamkan 2,640 tahun. Era Nabi Ibrahim ke masa bangkitan Nabi Isa di anggarkan 2,120 tahun, dan zaman Nabi Isa ke Nabi Muhammad lebih kurang 630 tahun.
MULIA: Ini bermakna jika kita membuat anggapan satu generasi waktu era Nabi Adam berumur 1,000 tahun maka jarakmasa antara Nabi Adam hingga kini ialah 17,000 tahun. Wallahua’lam – Allah sahaja yang mengetahui.
FAEZ: Tapi Faez rasa agak pendek jangkamasa 17,000 tahun ini oleh sebab orang asal Australia di fahamkan wujud 60,000 tahun yang lalu.
 MULIA: Yalah, dan tulang terawal yang pernah di jumpai di negara kita ni berumur 12,000 tahun.
FAEZ: Kita kena banyakkan bacaan lagi dan bertanya kepada mereka yang tahu.
MULIA: Setuju sebab ilmu tidak pernah habis. Shsh..! Kita kena diam sekarang sebab azan berkumandang dah tu.