Monday, December 20, 2010

DALAM KENANGAN MANTAN SETIAUSAHA MASJID

Al-Fatihah: Almarhum Hj Md Fuat Ahmad

Assalaamu'alaikum,

Inna lillahi wainna ilaihiraji'oon.

Dengan perasaan yang amat sedih, saya ingin maklumkan bahawa Tn Hj Md Fuat bin Hj Ahmad, Pengendali Blog ini, dan juga Setiausaha Masjid al-Ehsan SS 4A, telah kembali ke Rahmatullah pada 9 Disember 2010, bersamaan 3 Muharram 1432.

Almarhum Hj Md Fuat telah memberi khidmat yang amat cemerlang dalam usahanya meningkatkan prestasi pengurusan Masjid, moga Allah memberi Almarhum ganjaran yang Allah telah janjikan, dan menempatkan Almarhum di Jannah bersama Solihin dan Syuhada, ameen.

-Hj Ghaffur-

___________________________________________________
Saya, anak sulung kepada Almarhum mewakili ibu saya, Hjh. Roslin Muhiddin serta kaum keluarga saya yang lain, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga Masjid Al-Ehsan SS4A Kelana Jaya atas bantuan, sumbangan serta doa-doa tuan puan semasa pengurusan jenazah serta majlis tahlil yang telah diadakan beberapa minggu yang lalu. Saya berharap agar blog masjid ini yang pernah diusahakan bapa saya semasa hidupnya tetap diteruskan penggunaannya. InsyaAllah, amal jariah untuknya.. Terima kasih sekali lagi..

Al-Fatihah.

Md Hazrat Hakimi Md Fuat
019 6681401
hakimi.fuat@gmail.com