MAE/PENG/2-11
Tarikh: 6hb Mac 2011 (1 Rabiul Akhir 1432H)
Ahli Jemaah Kariah Masjid Al-Ehsan SS4A
YBhg. Tan Sri/Puan Sri, Dato/Datin, Tuan/Puan,
PERKARA : PROGRAM KHEMAH IBADAH REMAJA PADA 19 MAC 2011
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa dan Pengurusan Masjid Al-Ehsan SS4A akan menganjurkan Program Khemah Ibadah Remaja pada hari Sabtu 19, Mac 2011 (bersamaan 14 Rabiul Akhir 1432H) bertempat dibilik serbaguna masjid. Program ini adalah merupakan sebahagian dari pengisian aktiviti-aktiviti teras masjid sebagai pusat ilmu dan pembangunan ummah. Program ini dianjurkan khusus untuk anak-anak remaja kariah SS4A ini, lelaki dan perempuan yang berumur diantara 13 hingga 19 tahun sahaja buat permulaannya. Program seumpanya yang berkaitan dengan pembangunan modal insan anak-anak kariah SS4A akan dijalankan secara berterusan oleh pihak masjid. Penyertaan bagi program ini adalah percuma dan terhad kepada 50 peserta sahaja. Disertakan kertas kerja, tentatif program dan borang penyertaan untuk rujukan seperti dilampiran. Sila kembalikan Borang Penyertaan sebelum atau pada 14hb Mac 2011.
RASIONAL PROGRAM
Ingin dikasihi, difahami, diberi perhatian, didengari, malah bagi sesetengahnya ingin dibelai dan dimanja, menjadi keinginan bagi setiap anak-anak kita. Lebin-lebih lagi anak-anak yang melangkah masuk kealam remaja.
Disini, peranan kawan dan persekitaran sering mencorak pemikiran, emosi dan gaya kehidupan. Pengaruh rakan sebaya dan internet kuat mempengaruhi corak pemikiran mereka. Apa yang dikuatirkan, apakah kawan tolong kawan …..atau kawan makan kawan?
Justeru into, membentuk sikap adalah menjadi keutamaan “Priority”seperti maksud firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 11 yang berbunyi…
”SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM SEHINGGA MEREKA MENGUBAH KEADAAN YANG ADA PADA DIRI MEREKA SENDIRI.”
Kajian yang dijalankan oleh Havard Business School dan Thomas Barry, pakar bagi syarikat IBM mendapati nilai diri manusia adalah berpunca dari kekuatan dalaman. Daripadanya terbentuk sikap yang akan mempenagaruhi watak individu.
Memahami pembentukan peribadi manusia adalah penting dalam melahirkan remaja yang mempunyai jatidiri berperinsip dan berwawasan. Tempoh kritikal remaja menjangkau usia 15 hingga kemuncaknya 20 tahun. Komunikasi dua hala diantara ibubapa dan anak-anak amat perlu, malah mental dan fizikal mereka perlu juga diurus dan dikawal “monitor” agar terarah.
Melalui Program Khemah Ibadah dan kepelbagaian kaedah dan metodologi , para pelajar akan dibawa menyedari, memahami dan seterusnya menghayati hidup bermaruah, berbudi dan berjasa kepada diri, keluarga, bangsa, agama dan Negara.
Analisa Masalah Pelajar/Remaja
• Keliru – antara keutamaan dan sampingan
• Tidak mempunyai visi dan misi hidup
• Kurang matang berfikir
• Jurang komunikasi dengan ibubapa
• Tidak focus
Antara Punca
• Ilmu dan didikan tidak sempurna
• Tidak seimbang kasih saying
• Tidak mendapat bimbingan yang berkesan
• Pemilihan “Role Model” yang tidak tepat
• Pergaulan yang merosakkan
Fokus Utama Program
1. Luaran - Kesihatan fizikal
2. Dalaman - Ketajaman Akal
- Kejernihan Spritual
- Penghalusan Emosi
Objektif
• Memahami kepentingan iman dan Islam
• Beramal dengan sedar dan faham
• Yakin pada diri
• Menyemai budaya cintakan ilmu
• Mempunyai prinsip hidup yang jelas
• Berjaya sebagai hamba Allah, anak, pelajar dan remaja soleh dan solehah
• Menjadi agen perubahan yang positif
Kepelbagaian Kaedah Edutainment
• Kuliah interaktif
• Solat berjemaah dan tazkirah
• Permainan minda dan bengkel
• Simfoni alam (belajar dari Universiti Kehidupan)
• Lagu-lagu motivasi
• Praktikal ibadah
Sasaran Peserta
• Pelajar sekolah dan remaja berumur diantara 13 hingga 19 tahun
Jangkamasa Program
• 1 hari
Wassalam.
Yang berkhidmat,
MUSTAPA KAMAL BIN MOHD RAZALI)
Pemangku Setiusaha Masjid Al-Ehsan SS4A
No comments:
Post a Comment