Saturday, November 5, 2011

MAKLUMAN - MASJID NEGERI SELANGOR

Assalamualikum,

Adalah dimaklumkan bagi pihak Masjid Negeri Selangor seperti berikut:-

1. Masjid SAAS telah menaiktaraf sistem SMS ketalian tetap & nombor dari SMS ini boleh disimpan didalm talepon bimbit.

2. Forum Perdana yang akan diadakan pada 12 Nov 2011 adalah program khas Halaqah yang disiarkan TV9. Tajuk perbincangan adalah Persoalan Aqidah "Dimana Posisi Kita".  Ahli panel: Dato Dr. Hasan Ali...Moderator:- En. Ahmad Nor Sulaiman..

Muslimin & Muslimat dijemput hadir.

Sunday, August 14, 2011

MEMAHAMI ERTI KEHIDUPAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah menciptakan alam ini dengan segala pengisiannya adalah untuk kehidupan manusia, semua yang terdapat di dunia adalah untuk manfaat manusia maka sesuailah manusia diamanahkan supaya mentadbir dan menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Dari awal manusia di peringatkan bahawa kehidupan dunia bukan seperti syurga tetapi ianya merupakan tempat ujian.
Ujian utama ialah sama ada manusia mengakui Allah itu Tuhan mereka atau mengambil benda lain sebagai Tuhan mereka. Mereka yang mengakui dan mempercayai Allah itu Tuhan yang Maha Esa maka mereka memperolehi nikmat Iman dan Islam, namun demikian mereka belum terlepas dari ujian Allah kerana dunia ini adalah tempat ujian, jika manusia tidak diuji mereka akan lupa akan pengakuan dan syahadah mereka. setiap ujian yang dihadapi dengan betul mengikiut ajaran Allah mereka akan terlepas dari dosa dan sebaliknya mendapat pahala pula.
Mereka yang mengambil selain Allah sebagai Tuhan dan penyerahan ibadat mereka, mereka itu adalah orang-orang yang gagal ujian, bagi mereka tanpa pertolongan sedikit pun di akhirat nanti, kekallah mereka di dalam seksaan api neraka.
Merujuk kepada ujian Allah, kita dapati tiada seorang individu pun yang terlepas dari menghadapi ujian. Malah Rasul-rasul pun menghadapi ujian, mungkin timbul pertanyaan mengapa begitu, itulah kehendak Allah, itulah perancangan Allah dan itulah juga ketetapan Allah. Itulah hakikat kehidupan yang perlu difahami.
Sekiranya kita berfikir sepatutnya begitu dan begini, itu adalah kehendak kita, kehendak kita mustahil mengatasi kehendak Allah, kehendak kita hanya terlaksana dengan izin Allah atau kehendak yang sama dengan Allah atau umpama doa kita yang dimakbulkan. kita berdoa untuk mendapatkan kejayaan akhirnya kita mencapai kejayaan, kita berdoa supaya tanaman kita hidup subur dan hasilnya bertambah, akhirnya harapan itu tercapai, semuanya terikat dan tidak terlepas dari pentadbiran Allah sesaat pun.
Manusia menghadapi ujian berbeza di antara satu sama lain. ada yang ditimpa kemalangan, kehilangan anak, kematian orang yang dikasihi, kerisauan, murung, kemiskinan . kefakiran, penyakit kekal, penyakit sementara, kecacatan dan berbagai-bagai lagi yang tidak mampu disebutkan di sini.

Namun demikian kita dibekalkan dengan cara dan kaedah untuk mengatasinya, Allah mengutuskan Rasulullah.s.a.w. menjelaskan kepada kita tentang hakikat hidup di dunia ini , menjelaskan kepada manusia bahawa dunia ini hanya sementara, hanya pinjaman dan hanya tempat ujian seperti disebutkan di atas.
Dunia ini umpama penjara berbandingan dengan syurga, di dunia terdapat suruhan dan larangan, ianya tidak seperti di syurga, di syurga bebas, tiada suruhan dan larangan. Kehidupan di syurga umpama lagha di dunia, keadaannya penuh ceria, suka, gembira dan keseronokan yang tidak berkesudahan, dilayan oleh bidadari yang cantik dan segak, sebab itulah manusia di dunia ini berangan-angan dengan mengumpamakan setiap keseronokan yang mereka nikmati di dunia itu seperti syurga, walaupun mereka sedari bahawa keseronokkan di syurga amat jauh bezanya dengan keseronokan di dunia ini kerana keseronokan di dunia berakhir dengan keletihan, kesusahan, kehilangan sebahagian rezeki, mengundang penyakit dan lain-lain.
Dalam menghadapi kehidupan di dunia ini. umat Islam dibekalkan dengan panduan supaya mereka menjalani hidup dengan cara yang betul dan mendapat kesejahteraan yang kekal. Di antara panduan yang hendak dipaparkan di sini ialah membudayakan solat hajat dan solat istikharah. kita umat Islam adalah wajar membudayakan solat hajat dan solat Istikharah di dalam kehidupan harian.

Di dalam kehidupan harian tidak dinafikan bahawa kita mempunyai banyak hajat yang belum tertunai seperti anak bersekolah belum tamat, belum mendapat pekerjaan, belum bertemu jodoh, kita sendiri belum cukup sihat, belum sempurna rezeki dan berbagai-bagai lagi yang perlu kita menadah tangan memohon kepada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kita juga kekadang terkeliru dengan beberapa pilihan untuk membuat keputusan, maka dua situasi inilah memerlukan kita beramal dengan solat sunat Hajat dan solat sunat Istikharah.

Apabila kita melakukan solat dan doa Istikharah, ia bererti kita telah memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik untuk kita.
Solat sunat Hajat dan solat Istikharah pada asasnya cara melaksanakannya adalah sama sahaja, cuam niatnya sahaja yang agak berbeza iaitu Sahaja aku bersolat sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Taala manakala solat Istikharah " Sahaja aku bersolat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala"
Kata Jabir bin Abdullah: "Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: 'Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini.

'Maksud doa solat sunat Istikharah:
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan...) adalah bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya." (sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).'"

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk".
Surah An.Nahl .
[125]
_______________________________

Sekian. Wallahu aklam.

Panduan Ringkas Qiamullail

Ibadat khas sama ada wajib atau sunat semuanya bersandarkan kepada dalil-dalil naqli dari Allah.S.W.T sebagai bukti bahawa ternyata Allah memerintahkan hamba-Nya untuk melakukan ibadat tersebut.


“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil”
(Surah al-Muzammil ayat 1-4)


  • Qiyamullail ialah bangun pada waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah.
  • Pada awalnya qiamullail wajib bagi rasulullah dan para sahabat. Semak ayat 1-10 surah al-Muzammil di bawah ini.



[1] Wahai orang yang berselimut!
[2] Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
[3] Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
[4] Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”.
[5] (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
[6] Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.
[7] (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;
[8] Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
[9] Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.
[10] Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.

Setelah setahun disyariatkan amalan itu menjadi sunat muakkad pula bagi setiap umat Islam .Namun ia tetap wajib ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Semak maksud ayat 20 surah al-Muzammil di bawah ini


"Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

KELEBIHAN QIAMULLAIL
Doa mudah dimakbulkan.
Mendapat ketenangan jiwa.
Dimurahkan rezeki.
Dihormati masyarakat.
Dilindungi Allah daripada khianat manusia.
Jika dia pemimpin akan dihormati dan disegani
Dan lain-lain kebaikan kurniaan Allah.

WAKTU-WAKTU QIAMULLAIL

  • Waktu untuk solat malam ialah selepas isya’ sehingga sebelum masuk subuh. Bagi solat tahajjud, kita digalakkan untuk tidur dahulu walaupun seketika.
  • Waktu yang paling afdal (utama) ialah sepertiga malam


PENGISIAN QIAMULLAIL
Qiamullail boleh dimulakan sebaik sahaja selepas solat isyak kecuali solat sunat tahajjud dikehendaki atau digalakkan tidur terlebih dahulu.
Di antara aktiviti pengisiannya;
(1) Solat sunat tasbih.
(2) Solat sunat Taubat.
(3) Solat sunat Tahajjud*
(4) Solat sunat Istikharah.
(5) Solat sunat Hajat.
(6) Dan solat sunat yang lain.
(7) Solat sunat witir.( Penutup solat sunat )

*..Sabda Rasulullah.s.a.w. bermaksud;“Solat yang paling baik selepas solat fardhu ialah solat (Tahajjud) di tengah malam.” (Hadith riwayat Muslim)

Semua solat sunat itu ditutup dengan solat Sunat Witir ( Witri ), sekurang-kurang tiga rakaat dengan cara bersolat dua rakaat satu salam dan satu rakaat satu salam.( Tiga rakaat dengan dua salam )

Selepas solat tersebut sementara menunggu waktu Subuh eloklah berzikir seperti yang biasa dilakukan dan membaca al.Quran.

Wassasalam.

KELEBIHAN QIAMULLAIL

Kelebihan Qiamullail

1. Daripada Abu Hurairah : Aku bertanya : Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku tentang suatu amalan yang membolehkan aku masuk Syurga lalu nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya engkau akan masuk Syurga dengan selamat – Dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Ibnu Habban dengan sanad sohih
2. Daripada Abdullah bin Salam katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Wahai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, jalinkanlah silaturrahim dan bangunlah untuk dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya kamu akan masuk Syurga dengan selamat – Dikeluarkan oleh Tarmizi, Ahmad, Hakim, Darimi, Ibnu Majah dan Ibnu Saad dengan sanad sohih.

3. Daripada Abu Hurairah katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Puasa yang paling afdhal selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah Muharram dan sembahyang sunat yang paling afdhal selepas solat fardhu ialah solat pada waktu malam – Dikeluarkan oleh Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasaie, Ibnu Khuzaimah, Ahmad, Darimi, dan Baihaqi dengan sanad sohih  

4. Daripada Abdullah ibnu Umar katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Wahai Abdullah ibnu Umar! Janganlah engkau menjadi seperti si Pulan di mana dia bangun pada waktu malam tetapi dia tidak melakukan ibadat qiamullail – Dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Ahmad dengan sanad sohih

FADILAT SOLAT SUNAT TARAWIH

Sayidina Ali Abi Talib r.a telah meriwayatkan sebuah hadith daripada Rasulullah s.a.w tentang jawapan Baginda s.a.w ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan Solat Tarawih pada setiap malam dalam bulan Ramadhan. Baginda s.a.w bersabda (maksudnya):

Malam Pertama
Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana bayi yang baru dilahirkan

Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua-dua ibu bapanya

Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, dan mendoakan agar Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka

Malam Keempat
Memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran

Malam Kelima
Dikurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang menunaikan solat di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid al-Aqsa

Malam Keenam
Dikurniakan pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa agar diampunkan dosa-dosanya

Malam Ketujuh
Seolah-olah dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta membantunya menentang Fir’aun dan Hamman

Malam Kelapan
Dikurniakan pahala sebagaimana pahala yang dikurniakan ke atas Nabi Ibrahim a.s

Malam Kesembilan
Dikurniakan pahala serta diangkat ibadahnya seperti Nabi Muhammad s.a.w

Malam Kesepuluh
Dikurniakan ke atasnya kebaikan hidup di dunia dan akhirat

Malam Kesebelas
Meninggal dunia di dalam keadaan seperti ia baru dilahirkan

Malam Kedua Belas
Dibangkitkan di akhirat di dalam keadaan mukanya bercahaya

Malam Ketiga Belas
Dibangkitkan di akhirat di dalam keadaan aman dari sebarang kejahatan dan keburukan

Malam Keempat BelasMalaikat-malaikat akan datang menyaksikannya, serta Allah S.W.T tidak akan menyesatkannya

Malam Kelima Belas
Para malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan bersolawat dan memohon agar Allah S.W.T mengampunkannya

Malam Keenam Belas
Allah S.W.T menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga

Malam Ketujuh Belas
Allah S.W.T menulis baginya pahala sebanyak pahala para nabi-nabi

Malam Kelapan Belas
Malaikat akan menyeru, “Wahai hamba Allah! Sesungguhnya Allah S.W.T telah redha ke atasmu dan ke atas kedua-dua ibu bapamu.”

Malam Kesembilan Belas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus

Malam Kedua Puluh
Allah S.W.T mengurniakan ke atasnya pahala sekelian orang yang mati shahid dan orang yang soleh

Malam Kedua Puluh Satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga daripada cahaya

Malam Kedua Puluh Dua
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut

Malam Kedua Puluh Tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya

Malam Kedua Puluh Empat
Dikurniakan ke atasnya pahala dua puluh tahun beribadat

Malam Kedua Puluh Lima
Dilepaskan dari seksaan kubur

Malam Kedua Puluh Enam
Dikurniakan ke atasnya pahala empat puluh tahun beribadat

Malam Kedua Puluh Tujuh
Dikurniakan ke atasnya kemudahan melintasi titian sirat seperti kilat

Malam Kedua Puluh Lapan
Allah S.W.T menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat

Malam Kedua Puluh Sembilan
Dikurniakan ke atasnya pahala seribu haji yang mabrur

Malam Ketiga Puluh
Allah S.W.T memberikan penghormatan kepadanya dengan Firman-Nya, “Wahai hambaku, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama Salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang bernama Al-Kauthar.”

FADILAT BULAN RAMADAN

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi.

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi.

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi.

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi.

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi.

PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi
1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

KATIL KESIHATAN TERPAKAI UNTUK DIJUAL

Assalamualaikum,

Ingin dimaklumkan bahawa pihak Masjid Al-Ehsan ingin menjemput kepada sesiapa yang berminat untuk membida sebuah Katil Kesihatan terpakai dengan harga RM2,000 seperti yang dipaparkan dibawah.

SENARAI NAMA PESERTA TADARUS AL-QURAN BULAN RAMADAN TAHUN 1432H

MASJID AL-EHSAN SS4A KELANA JAYA
SENARAI PESERTA TADARUS AL-QURAN BULAN RAMADAN TAHUN 1432H

SENARAI NAMA-NAMA AHLI TADARUS LELAKI DEWASA
KUMPULAN 1
1.       HJ. JAMHARI BIN BASRI, IMAM 1 - KETUA
2.       HJ. RAHMAT BIN JAMHARI
3.       HJ. JAMALUDIN BIN ABDUL WAHAB
4.       HJ. MOHAMED ALI BIN YUSOFF
5.       HJ. YAACOB BIN IBRAHIM
6.       HJ. HASHIM DAU’
7.       MUSTAPA KAMAL B MOHD RAZALI
8.       MUHAMMAD ZAKEE B ABD WAHID
9.       HASSANUDDIN

KUMPULAN 2
1.       HJ. ABDUL GHAFFUR B RAMLI - KETUA
2.       HJ. ABDUL WAHID BIN JAAFAR
3.       HJ. MOHAMED HUSSAIN
4.       MD HAZRAT HAKIMI B MD FUAT
5.       SHAHRUL NIZAR B HJ MOHD SIDEK
6.       RUSDAN B MOHAMAD ZAINON
7.       ALI B MOHAMED


SENARAI NAMA-NAMA AHLI TADARUS LELAKI REMAJA
KUMPULAN 1
HJ. ABDUL RASHID B HASSAN – PEMBIMBING
1.  AHMAD SHAFIQ B ABDUL RASHID
2.  AHMAD ZULHILMI B ABDUL RASHID
3.  MUHAMAD FAHMI AINUDDIN B ZAINUDDIN
4.  MUHAMMAD ZUL AZAM B ZULKIFLI
5.  MUHAMAD LUKMAN HAKIM B MD FUAT
6.  MUHADAMAD WAFIUDDIN B ABDULLAH
7.  NABIL ALIF

KUMPULAN 2
1.  MUHAMMAD AQLAN B ZULKIFLI
2.  MUHAMMAD AIMAN ARIF B ABAS
3.  MUHAMAD HAKIME B MOHD HELME
4.  MUHAMMAD AQIL B ZULKIFLI
5.  MUHAMAD ZAFRI AZRI B AMIN
6.  MUHAMAD HAIME B MOHD HELME

SENARAI NAMA-NAMA AHLI TADARUS WANITA
KUMPULAN 1

1.  HJH. SAADIAH BT HJ MUKHTAR
2.  HJH. SHAHRUL BT HJ. MOHD PIAH
3.  HJH. ZALEHA BT HJ. HUSSEIN
4.  HJH. RAHMAH BT CHE SOH
5.  HJH. HAWA BT. YUNUS
6.  HJH. MARIAM BT NAZIR
7.  HJH. MAIMUNAH BT. KANTING
8.  HJH. ROSLIN BT. MUHIDDIN

KUMPULAN 2
1.  HJH. FATIMAH BT HJ. MAT
2.  HJH. JALILAH BT BUNSU
3.  HJH. ROBIAH BT HJ. LONG ABDULLAH
4.  HJH. HIJAH BT MOHD NOOR
5.  HJH. AISHAHBT. ABDULLAH
6.  HJH. ZUBAIDAH BT MD NORDIN
7.  PUAN SALBIAH BT PUTIH

KUMPULAN 3
1.  HJH. MARIZAH BT HJ. OTHMAN
2.  HJH. JAWAHIR BT CHE LONG
3.  HJH. RAPIAH BT HASHIM
4.  HJH. MARIAH BT HJ. MAHADI
5.   HJH. KAMARIAH BT. SULAIMAN

KUMPULAN 4
1.  PUAN MARANI BT SATIMIN
2.  DATIN HJH. HANISA BT ALANG AHMAD
3.  HJH. NORESAH BT BAHAROM
4.  DATIN HJH. ZANIFA BT MD ZAIN
5.  HJH. HASMAH BT. MOHD TAPAR
6.  HJH. SAEDAH BT YUNUS
7.  HJH. MARIAM BT. ABDULLAH
8.  HJH. FADZILAH BT ZABIDI
9.  HJH. NORSIAH BT HJ. SHEERAT
10. HJH. NORMAH BT MANAP


AHLI JAWATANKUASA & PENGURUSAN MASJID AL-EHSAN MENGUCAPKAN BERBANYAK TERIMA KASIH DIATAS PENYERTAAN TUAN-PUAN & ANAK2 KARIAH BAGI MENGISI PROGRAM BULAN RAMADAN TAHUN 1432H INI.

Wednesday, April 13, 2011

KURSUS & BENGKEL TEKNIK AL-BAGHDADI


Dilampirkan surat dari pihak Al-Baghdadi Method Sdn Bhd untuk rujukan & pertimbangan tuan-puan.



Tuesday, April 12, 2011

SOLAT SUNAT TAHJUD

ZIKIR & DOA SELEPAS SOLAT

Siri 1: http://www.youtube.com/watch?v=oYXPWxikqTA&playnext=1&list=PL75173FDB81893ADA

Siri 2: http://www.youtube.com/watch?v=GFlU1F0kxVQ&feature=related

Siri 3: http://www.youtube.com/watch?v=92CcHgY8faQ&feature=related

Siri 4: http://www.youtube.com/watch?v=3eU_LKfR6Oo&feature=related

Siri 5: http://www.youtube.com/watch?v=4-KbbEK7apA&feature=related

Siri 6: http://www.youtube.com/watch?v=xKqKaJtcpBw&feature=related

Siri 7: http://www.youtube.com/watch?v=HFxVU6n2uNg&feature=related

Siri 8: http://www.youtube.com/watch?v=ZOhamrp-O64&feature=related

Siri 9: http://www.youtube.com/watch?v=d8O2eHEPQOg&feature=related

Selamat belajar & mendapat manfaat insyALLAH...

PANDUAN SOLAT

Panduan solat Subuh pimpinan oleh YBhg Ustaz Wan Sohor Bani Leman. Selamat belajar kepada anak2 semua & menjadi anak yang soleh....insyaALLAH

SIFAT WUDHU RASULLULAH

Panduan sifat wudhu Rasulullah bersiri yang di pimpin oleh YBhg Ustaz Yee Abdullah

Siri 1/2: http://www.youtube.com/watch?v=bOJ_L71WeJU&feature=related

Siri 2/2: http://www.youtube.com/watch?v=Yc5JmW94Dlo&feature=related

Semoga dengan panduan wudhu ini dapat memberi manfaat & kesempurnaan di dalam mengankat wudhu....insyaALLAH.

SIFAT SOLAT RASULULLAH - 12 SIRI

Sifat solat Rasulullah SAW bersiri sebanyak 12 siri yang dipimpin oleh YBhg Ustaz Rasul B Dahri.

Siri 1/12: http://www.youtube.com/watch?v=ORldLmuXiDQ&feature=related

Siri 2/12: http://www.youtube.com/watch?v=bm7F1V1pTfM&feature=related

Siri 3/12: http://www.youtube.com/watch?v=MALdhwN19WY&feature=related

Siri 4/12: http://www.youtube.com/watch?v=iB1U1ES8iZ4&feature=related

Siri 5/12: http://www.youtube.com/watch?v=H2GkgfcBBFA&feature=related

Siri 6/12: http://www.youtube.com/watch?v=SuV860L5xhA&feature=related

Siri 7/12: http://www.youtube.com/watch?v=y4HmhRvGB_E&feature=related

Siri 8/12: http://www.youtube.com/watch?v=FMBZm2fzRnI&feature=related

Siri 9/12: http://www.youtube.com/watch?v=fFmyzhNGLE0&feature=related

Siri 10/12: http://www.youtube.com/watch?v=7gns7Sh_Tc4&feature=related

Siri 11/12: http://www.youtube.com/watch?v=AK1I8VbiUho&feature=related

Siri 12/12: http://www.youtube.com/watch?v=PpbJZJb2vMY&feature=related



Semoga kita mendapat manfaat & kesempurnaan di dalam mendirikan solat dari 12 siri video panduan solat Rasulullah....insyaALLAH.

TADBIR URUS MASJID YANG BERKESAN

Firman ALLAH dalam Surah At-Taubah ayat 108....


Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama- lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)


Apa dia pengabdian?


Firman ALLAH dalam Surah At-Taubah ayat 18......




Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat- sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.





Tadbir Urus Institusi Masjid


Masjid berperanan sebagai tempat beribadat, pusat ilmu, penyebaran maklumat, tamadun islam, pusat kebajikan, ekonomi dan menjadi syiar kepada kemulian Islam. Untuk merialisasikan harapan ini, masjid perlulah menjadi sebuah institusi yang melaksanakan tadbir urus yang berkesan melalui perkhidmatan, pendidikan dan pusat rujukan, Insitusi masjid perlu mempamerkan ciri-ciri unggul dalam aspek dakwah bil-hal dari segi kebersihan, penyelenggaraan, khidmat layanan pengunjung, penyediaan maklumat terkini dan sebagai pust perpaduan ummah.


VISI


"Untuk melahirkan masyarakat Ilsam yang komited terhadap masjid dengan pelbagai aktiviti dan program pengimarahan kepada semua lapian masyarakat"


MISI


"Menjadikan masjid sebagai pusat pembentukan ummah bagi melahirkan generasi berilmu, beriman dan berakhlak melalui penyediaan prasarana yang lengkap, pengurusan yang cekap dan program pengimarahan yang tersusun".  


OBJEKTIF


Memastikan perkhidmatan yang bijak lagi berkesan melalui langkah-langkah dan strategi bagi melaksanakan KPI mengikut acuan dan petunjuk aras yang digariskan.


PLAN TINDAKAN TRATEGIK


A. Objektif
1. Menarik minat jemaah dewasa & belia ke masjid
2. Mewujudkan sukarelawan yang cintakan masjid
3. Menghubungkan silaturrahim antara jemaah dewasa & belia
4. Menanamkan jati diri di kalangan jemaah dewasa & belia


B. Aktiviti-aktiviti
1. Kuliah pembangunan modal insan dewasa & belia
2. Program gotong royong di masjid & taman yang melibatkan semua lapisan masyarakat
3. Program riadah & sukan serta ekspedisi


C. Tarikh/Tempuh
1. Kuliah & modul ilmu Islam berterusan
2. Modul Kemah Bistari Remaja & Belia yang berterusan


D. Strategi
1. Kempen & promosi yang berterusan
2. Menggunakan rakan-rakan masjid yang sebaya


E. Sasaran
1. Semua jemaah dewasa
2. Para remaja kariah yang berumur diantara 13 - 18 tahun


F. Tindakan
1. Lajnah Dakwah
2. Lajnah Pemuda
3. Lajnah Wanita
    

KEAGUNGAN AZAN

INTRODUKSI

Mengikut bancian yang di jalankan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations), penduduk dunia pada tahun 2009 berjumlah 6.8 billion atau 6,800 juta orang dengan kelahiran sebanyak 134 juta serta kematian pada angka 57 juta orang.

Di dunia ini hanya ada 3 sahaja agama samawi, agama yang turun dari langit, iaitu Islam, Nasrani (Kristian) dan Yahudi (Jews). Dianggarkan 2.2 billion atau 32% penduduk dunia adalah penganut Kristian, serta 1.3 billion atau 19% umat Islam, dan bilangan orang Yahudi di seluruh dunia di anggarkan lebih kurang 14 juta atau tidak sampai 1% penduduk dunia.

Walau bagaimanapun kumpulan kepercayaan lain seperti Hindu mempunyai 900 juta pengikut atau 13% penduduk dunia, dan 400 juta orang atau 6% penduduk dunia pengamal Buddha.

Penulis tidak mengklasifikasi Hindu, Buddha, Sikhism dll sebagai agama tetapi hanyalah kepercayaan sahaja. Agama pada takrifan penulis mestilah yang datang dari Allah, atau lebih di kenali sebagai agama samawi.

Mempelajari serta mendalami ilmu perbandingan agama adalah termasuk dalam tuntutan Islam, lebih-lebih lagi agama samawi. Ini bersandarkan kepada firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam surah Yunus:94 yang bermaksud :-

“Oleh sebab itu, sekiranya engkau merasa ragu-ragu tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka bertanyalah kepada orang-orang yang membaca Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu. Sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran dari Tuhanmu, maka janganlah sekali-kali engkau menjadi dari orang yang ragu.”

Mudah-mudahan kita menjadi seorang mukmin yang berilmu. Mukmin yang tafaqquh fiddin (faham agama) lebih ditakuti oleh syaitan dibandingkan dengan orang yang banyak beribadat tetapi jahil tentang selok belok agama. Amin!

Walau apapun yang diperkatakan di dalam coretan berikutnya, ingatlah surah Ali Imran:19 yang bermaksud - “Sesungguhnya agama (yang diredai) disisi Allah ialah Islam”.


KITAB AGAMA SAMAWI

Kitab Taurat diamanahkan kepada Nabi Musa bagi agama Yahudi tulin, Kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Daud,dan Kitab Injil diberi kepada Nabi Isa untuk agama Nasrani tulin. Al-Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw semasa berada di Mekkah dan Madinah.

Kitab Taurat menggunakan bahasa Ibrani, Zabur bahasa Qibti, Injil bahasa Suryani dan al-Quran berbahasa Arab. Kesemua Rasul-Rasul ini yang menerima Kitab-Kitab ini, kecuali Nabi Muhammad, berbangsa Israel.

Kewujudan kesemua empat Kitab ini ada dinyatakan dalam Al-Quran, iaitu:-

(1) TAURAT: Surah Al-Maidah: 44 di mana Allah berfirman maksudnya “bahawasanya Kami menurunkan Taurat di dalamnya ada petunjuk dan cahaya”.

(2) ZABUR : Surah Al-Isra’:55 iaitu “Dan Kami turunkan kepada Daud Kitab Zabur”.

(3) INJIL : Surah Al-Maidah:46 bermaksud “Dan Kami iringkan jejak mereka dengan mengutus Isa bin Maryam, membenarkan apa yang terdahulu dari padanya, iaitu Taurat. Dan Kami berikan Injil kepadanya di dalamnya berisi petunjuk kebenaran dan cahaya terang”.

(4) AL-QURAN : Surah Yusuf:2 iaitu “Bahawasanya Kami menurunkan kepadamu (Hai Muhammad) Quran dalam bahasa Arab, supaya engkau perhatikan isinya”.

Setiap kitab-kitab ini diturunkan secara beransur-ansur, terpisah-pisah dan terbahagi-bahagi dan bukan sekali gus. Seperti contoh, kitab Taurat turun secara beransur-ansur selama 18 tahun. Al-Quran turun sedikit demi sedikit dalam tempoh 23 tahun, iaitu 13 tahun di Mekkah dan 10 tahun lagi semasa Nabi Muhammad saw berada di Madinah. Allah tidak menurunkan Kitab-Kitab dari langit melainkan ada mengandungi ketiga-tiga pokok keimanan iaitu al-Tauhid, an-Nubuwwah dan al-Ma’ad.

KEDATANGAN RASULULLAH

Kepada penganut Yahudi yang mempercayai Taurat, mereka tidak boleh menafikan kedatangan Nabi Mohammad sebagai seorang nabi. Ada satu ayat dalam Kitab Taurat yang disampaikan oleh Allah kepada Nabi Musa bermaksud:-

“....Bahwa Aku (Allah) akan menjadikan bagi mereka itu (Bani Israel) seorang nabi dari antara segala saudaranya (iaitu dari Bani Ismail) yang seperti engkau (hai Musa), dan Aku akan memberi segala firman-Ku dalam mulutnya dan dia pun akan mengatakan kepadanya segala yang Ku suruh akan dia.........”.

Ayat di atas menunjukkan bahawa orang yang dinubuwatkan oleh Allah itu akan timbul dari saudara-saudara Bani Israel, tetapi bukan dari Bani Israel sendiri. Adapun “saudara-saudara Bani Israel” itu di tujukan kepada Banu Ismail (Bangsa Arab), di mana Nabi Ismail adalah juga bapa saudara kepada Nabi Yaakub (Bani Israel). Perkataan “seorang nabi” di maksudkan ialah Nabi Muhammad saw dan baginda adalah keturunan Banu Ismail. Ayat Taurat tersebut juga ada menyebut “...seperti engkau (hai Musa).....” memberi erti bahawa Nabi yang akan datang itu ialah seperti Nabi Musa, yang membawa syari’at baru.

Berita kedatangan kedua-dua Nabi iaitu Nabi Muhammad dan Nabi Isa ada disebut dalam kitab Perjanjian Lama “Tathniyatul Isytira” pada fasal 29. Kitab ini ialah Kitab Taurat yang terakhir berada di tangan Bani Israel.

Begitulah juga kepada penganut Kristian, mereka tidak boleh menolak kedatangan Nabi Muhammad. Kitab Injil memperakui Nabi Isa diutuskan kepada Bani Israel sahaja. Kitab Matthew 15:24 memetik kata-kata Nabi Isa yang bermaksud “Aku diutus hanya untuk membantu Bani Israel, ......”.

Penyataan Kitab Taurat dan Kitab Injil di atas di perkukuhkan lagi dengan firman Allah dalam surah al-Saff:6 bermaksud:-

“Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: wahai Bani Israel, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberi berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama Ahmad”.

Surah al-Baqarah:146 memperkuatkan lagi kenyataan kedatangan Nabi Muhammad saw yang mana ayatnya bermaksud:-

“Orang–orang Yahudi dan Nasrani yang Kami berikan al-kitab, yakni Taurat dan Injil, mengenali Muhammad sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri.”

Dengan ini jelas bahawa orang-orang Yahudi dan Kristian yang tidak mahu memperakui Nabi Muhammad saw sebagai Rasul mereka juga, adalah bertentangan dengan perintah Allah.

PARA RASUL

Adalah tersedia maklum bahawa sebahagian besar para nabi dan rasul adalah dari Bani Israel. Fasal itu saya katakan negara Israel ini memang special. Jumlah bilangan nabi kesemuanya ialah sebanyak 124,000 orang dan bilangan rasul pula 313 orang. Yang wajib kita ketahui ialah seramai 25 orang sahaja di mana nama-nama mereka ada di sebutkan didalam al-Quran.

Allah telah menamakan 5 orang Rasul sebagai (ketua) pembawa syariat di surah Asy-Syura:13 yang bermaksud:-

“Allah telah menetapkan agama kepada kamu, yang telah dipesankan-Nya kepada Nuh dan apa yang Kami (Allah) wahyukan kepada engkau (ya Muhammad) dan yang Kami pesankan kepada Ibrahim, Musa dan Isa (serupa belaka)....” (surah Asy-Syura:13)

Nabi Nuh adalah rasul yang mula-mula sekali di wasiatkan membawa syariat Allah, meskipun tidak dinafikan bahawa Nabi Adam itulah rasul yang mula-mula diutus di muka bumi, namun syariatnya tidak mengandungi perkara yang fardu dan yang haram. Hanya merupakan bimbingan kepada anak cucu sahaja untuk mengatur cara-cara hidup mereka yang baik.

Allah telah menetapkan agama yang mula-mula kepada Nabi Nuh, dan terakhir sekali kepada Nabi Muhammad. Maka agama itu jugalah yang dipesankan kepada Nabi Ibrahim, kemudian Nabi Musa dan juga Nabi Isa. Nabi Noh menjadi Nabi semasa berumur 40 tahun, serta berdakwah dengan pengikutnya selama 950 tahun, dan menyambung menyeru ke jalan Allah selama 60 tahun lagi setelah peristiwa bahtera. Biarpun Nabi Noh berdakwah 950 tahun, tetapi bilangan manusia yang mentaati Allah hanya 80 orang sahaja semasa bantera hendak dilayarkan.

Jarakmasa di antara Nabi Nuh dengan Nabi Ibrahim ialah 2640 tahun; antara Nabi Ibrahim dengan Nabi Musa (Kitab Taurat) saya belum ada maklumatnya lagi. Antara Nabi Musa (Kitab Taurat) dengan Nabi Daud (Kitab Zabur) jarakmasanya ialah 570 tahun; dan antara Nabi Daud (Kitab Zabur) dengan Nabi Isa (Kitab Injil) lebih kurang 1100 tahun. Jarakmasa antara Nabi Isa (Kitab Injil) dengan Nabi Muhammad (al-Quran) lebih kurang 600 tahun. Perlu di ingatkan bahawa bilangan tahun-tahun ini adalah anggaran sahaja berpandukan daripada kitab-kitab sediada.

Adapun syariat mereka masing-masing mempunyai caranya tersendiri, datangnya bergilir dengan membawa pembaharuan yang sesuai dengan zamannya. Walau bagaimanapun, dasar agama yang mereka bawa serupa belaka.

Bagi rasul-rasul yang selain daripada 5 orang tersebut di atas (Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad), tugas mereka adalah sebagai penyambung sahaja. Misalnya Nabi Seth dan Nabi Idris tugasnya menyampaikan syariat Nabi Adam sehingga ke zaman Nabi Nuh.

Kemudian Nabi Nuh membaharui syariat Nabi Adam, dan syariat Nabi Nuh pula kekal sampai ke zaman Nabi Ibrahim. Di antara kedua zaman ini iaitu dari zaman Nabi Nuh hingga ke zaman Nabi Ibrahim, muncul pula Nabi Hud dan Nabi Salih yang menyampaikan syariat Nabi Nuh kepada umat masing-masing.

Nama-nama Nabi di antara Nabi Ibrahim hingga Nabi Musa (Kitab Taurat) ialah Nabi Lut, Nabi Ismail, Nabi Ishaq, Nabi Yaakub, Nabi Yusuf, Nabi Ayub, dan Nabi Syu’ib. Antara Nabi Musa (Kitab Taurat) hingga Nabi Daud (Kitab Zabur), nama-nama Nabi ialah Nabi Harun dan Nabi Zulkifli sahaja. Antara Nabi Daud (Kitab Zabur) hingga ke Nabi Isa (Kitab Injil) ialah Nabi Suleiman, Nabi IIyas, Nabi IIyasa, Nabi Yunus, Nabi Zakaria, dan Nabi Yahaya.

Tidak ada di sebut nama mana-mana nabi di anatara Nabi Isa dengan Nabi Muhammad. Rasulullah sebagai Nabi Penyudah (Khatamun Nabiyin) dan tidak ada lagi nabi yang diutus oleh Allah selepas Nabi Muhammad. Syariat Rasulullah pula kekal selama-lamanya dan tidak berubah-ubah sampai ke hari kiamat.

SUHUF

Sebelum keempat-empat Kitab utama turun, para Rasul telah dibekalkan dengan beberapa surat-surat yang diturunkan dari langit. Nabi Ibrahim ada menerima 30 surat yang dinamakan suhuf. Kemudian sebelum turunnya kitab Taurat, Nabi Musa ada menerima 10 buah suhuf. Selepas itu Nabi Seth menerima sebanyak 60 buah suhuf lagi.

Kewujudan suhuf ini wajib kita percayai kerana ianya di jelas dalam surah Al-A’la: 18 dan 19 yang bermaksud “Sesungguhnya ini ada pada suhuf-suhuf yang dahulu, iaitu Shuhuf Ibrahim dan Musa”.

AGAMA YAHUDI

Apakah agama para Rasul dan nabi-nabi ini? Orang Yahudi dan Nasrani mendakwa bahawa nabi dan rasul sebelum Rasullullah beragama Yahudi atau Nasrani. Allah berfirman yang bermaksud:-

“Katakanlah (wahai Muhammad): Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Atau patutkah kamu mengatakan bahawa Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Yaakob berserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang Yahudi atau Nasrani, (padahal agama mereka telahpun ada sebelum adanya agama Yahudi atau agama Kristian itu)?

Firman Allah ini menafikan dakwaan nabi-nabi beragama Yahudi atau Nasrani. Nabi Ibrahim mempunyai dua anak iaitu Nabi Ismail serta Nabi Ishak.Dari zuriat Nabi Ismail lahirnya Nabi Muhammad. Sementara Nabi Ishak merupakan ayah kepada Nabi Yaakub. Perkataan Israel bermaksud “hamba Allah yang salih” merupakan gelaran kepada Nabi Yaakub.

Nabi Yaakub mempunyai 12 anak lelaki, dan di antaranya ialah Nabi Yusuf (Joseph), Levi dan Judah. Keturunan Levi melahirkan Nabi Harun dan Nabi Musa. Sementara keturunan Judah melahirkan Nabi Daud dan anaknya Nabi Suleiman.

Nabi Isa merupakan anak kepada Maryam, yang dilahirkan di Bethlehem dan dibesarkan di Nazareth iaitu sebuah perkampungan di selatan Jerusalem.

Adalah elok jika kita mengetahui budaya dan cara keagamaan Yahudi. Penganut asal mereka semasa era Nabi Musa mempercayai Allah yang satu serta menerima kitab Taurat. Tetapi sekarang ianya telah jauh menyempang daripada ketulinannya. Kitab Taurat yang di pakai sekarang ada 24 buku di himpun kepada 3 kumpulan, iaitu peraturan Undang-undang, cerita para Nabi, dan Tulisan.

Di dalam al-Quran, surah al-Taubah :30, ada menyatakan bahawa Yahudi menganggap Uzair sebagai anak Allah. Uzair ialah seorang tukang tilik bangsa Yahudi dan seorang penulis yang terkenal pada tahun 457BC. Kehebatan beliau mengolah semula isi kandungan Taurat sehinggakan orang-orang Yahudi di waktu tersebut menganggap Uzair sebagai anak Tuhan.

Walau bagaimanapun, ada sedikit daripada amalan mereka agak sama tetapi tidak serupa dengan Islam kita. Seperti contoh, mereka berkhatan bagi lelaki tetapi pada umur bayi 8 hari. Amalan berkhatan seawal ini jarang di amalkan oleh masyarakat Melayu tetapi agak biasa bagi Arab Islam. Amalan berhatan ini merupakan perjanjian Allah terhadap Nabi Ibrahim serta keturunannya. Ia merupakan satu perjanjian yang hukumnya kekal buat selama-lamanya. Nabi Ibrahim yang ketika itu berusaha 99 tahun melaksanakan amalan berkhatan. Amalan ini turut dilaksankaan oleh Nabi Isa, Bani Israel serta Yahudi dan umat Islam sekalian. Namun ia tidak lagi dipraktikkan oleh penganut Krisrtian.

Mereka haram makan riba tetapi di kalangan mereka sesama Yahudi sahaja. Dengan yang bukan Yahudi di bolehkan. Jika segala syarat di patuhi, kita orang Islam boleh bernikah dengan orang Yahudi.

Berbanding dengan agama-agama lain, agama Yahudi adalah yang paling banyak ada persamaan dengan kita Islam, akan tetapi akidah mereka jauh tersasar sesat. Yahudi mengiktikadkan bahawa Tuhan ada mempunyai jisim dan mempunyai bandingan yang menyerupaiNya.

Kitab Taurat telah banyak diubah-ubah oleh pendita mereka. Perihal ini di terangkan dalam surah An-Nisa:46 yang bermaksud “Sebahagian orang-orang Yahudi mengubah kitab sucinya dari keadaannya yang asli”.

Penganut Yahudi bersembahyang 3 kali dalam sehari, dan pada hari Sabbaths mereka bersembahyang lebih rancak lagi. Makanan “halal” bagi orang Yahudi di panggil kosher. Di bawah kosher, mereka tidak makan babi, ternakanan perlu di sembelih, susu dan daging tidak di jamah bersekali dalam masa dua jam, apabila memasak ikan perlu lengkap seekor penuh dengan insang (fins) serta tulangnya tidak di tanggalkan. Ikan yang tidak di gemari oleh Yahudi ialah cat-fish (mungkin sejenis sembilang). Walau bagaimanapun, ramai Yahudi tidak mematuhi larangan tersebut sekarang. Di Israel sekarang sudah ada sebuah swine slaughter house.

Pengharaman makanan mereka hampir sama tetapi tidak serupa dengan kita panganut Islam. Pada dasarnya hukum hakam pemakanan Islam adalah mengikut peraturan yang ditetapkan dalam al-Quran surah al-An’am: 145 iaitu:-

“Katakanlah (wahai Muhammad), Aku tidak dapati dalam apa yang telah didakwahkan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi – kerana sesungguhnya ia adalah kotor, atau sesuatu yang dilakukan secara fasik iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain daripada Allah”.

Kita pernah mendengar Orthodox Jew, iaitu kumpulan Yahudi yang sangat mengambil berat diatas hukum-hakam agama mereka. Wanita mereka memakai pakaian menutup aurat seperti memakai gown labuh, berbaju lengan panjang serta menutup rambut dengan scarf. Pakaian yang beradab ini sangat kuat di amalkan di kawasan bernama Me’a She’arim di Jerusalem dan kawasan Bnei Brak dekat Tel Aviv. Jangan sesekali pelancong wanita memasuki ke kawasan ini dengan pakaian yang tidak sopan.

Bagi yang lelaki pula bermisai serta berjambang panjang, menutup kepala mereka dengan topi hitam dengan berbagai saiz. Ada yang besar lagi tinggi bentuknya. Kesemua mereka, lelaki maupun perempuan berjalan pantas tanpa banyak menoleh ke kiri atau ke kanan. Mereka seberapa boleh mengelak daripada di ambil gambar.

Sebenarnya bilangan Orthodox Jew ini tidak ramai hanya dalam lingkungan 500,000 orang sahaja, iaitu seorang Orthodox bagi setiap 10 orang Yahudi di Israel. Bilangan ini semakin meningkat dengan ketara oleh sebab sesebuah famili mempunyai empat hingga enam orang anak. Mereka tidak mengamalkan perancang keluarga dan menggugurkan hamil adalah haram. Ramai orang Yahudi terdapat di Baitulmukadis atau Jerusalem, sebab mereka sangat gemar beribadat.

Akan tetapi apabila tiba hari Sabtu, bermula dari petang hari Jumaat lagi, kelibat bayang mereka tidak kelihatan. Sabtu adalah hari mulia Yahudi yang di panggil Sabbath Day. Jumaat adalah hari mulia untuk umat Islam dan Ahad untuk agama Kristian.

Pemilihan hari Sabtu ini ada kaitan dengan Allah mencipta langit dan bumi. Orang Yahudi bersetuju Tuhan telah mencipta langit dan bumi dalam masa 6 hari, mulai hari Ahad dan berakhir pada hari Jumaat. Tuhan merasa penat lalu berehat pada hari Sabtu seraya menyandarkan belakangNya di atas Arasy.

Kepercayaan Yahudi ini disangkal oleh Allah dengan firmanNya dalam surah Qaf :38 yang bermaksud:-

“Dan sesungguhnya telah Kami ciptakan beberapa langit dan bumi dan apa jua yang ada di antara keduanya dalam masa 6 hari, sedangkan Kami tidak disentuh oleh rasa keletihan.”

Satu lagi persoalan ialah boleh ke kita menggunakan produk ciptaan Yahudi? Umat Islam dibenarkan membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad saw pernah membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.

Walau bagaimanapun jika kita mempunyai bukti yang kukuh lagi sahih, keuntungan sesuatu urusniaga digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, maka hukum “harus” berurusniaga tadi menjadi “haram”. Andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Kita hanya sekadar berhati-hati dan jika boleh mengelakkan diri daripada berurusniaga denagn pihak berkenaan.

Jika kita tengok sejarah, kaum Bani Israel banyak di beri keistimewaan oleh Allah. Mereka memperolehi paling ramai para nabi dan rasul, tanah mereka cukup subur, mereka menganggap diri mereka sebagai kekasih Allah dan berbagai lagi. Akan tetapi mereka kufur dengan ajaran dan perintah Allah.

Surah al-Jumu’ah :5 bermaksud :-

“ Dimisalkan orang-orang yang di bebani kitab Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya, adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab (yang besar faedahnya). Amatlah buruknya perumpamaan kamu yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi pertunjuk kepada mereka yang zalim”.

Ayat tersebut di atas sudah cukup jelas di mana kedudukan Bani Israel dari pandangan Allah!

Satu lagi Kitab yang wajib kita percayai tetapi jarang di perbahaskan secara meluas ialah Kitab Zabur. Kitab ini telah diturunkan kepada Nabi Daud untuk kaum Bani Israel, dan di dalam Al-Quran perkara Kitab Zabur ini disebut sebanyak 3 kali sahaja. Kitab Zabur merupakan koleksi puisi kerohnian, pujian-pujian, kesyukuran dan pensucian terhadap Allah. Ia mengandungi 150 bab dan di dalamnya tidak ada hukum-hukum tentang halal atau haram. Nabi Daud kerap mendendangkannya dengan kemerduan suaranya.

Adalah tidak menjadi satu keganjilan Kitab daripada Allah dalam bentuk sajak atau lagu ini. Allah maha mengetahui tabiat manusia yang memang gemar mendengar lagu dan cerita. Al-Quran sendiri sungguh banyak penyampainya di buat dengan cara bercerita, akan tetapi di dalamnya mempunyai hukum, tauladan dan juga berita sebenar. Ianya bukan pelipur lara seperti drama TV.

Kesimpulannya, Yahudi percaya kepada Nabi Musa tetapi ingkar kepada Nabi Isa dan Nabi Muhammad. Kitab Taurat sediada banyak telah di pinda oleh tangan-tangan manusia.

AGAMA KRISTIAN

Perkataan “Kristian” diambil dari perkataan Inggeris “Christ”, yang berasal dari perkataan Greek ”Christos”. Ia diterjemahkan dari perkataan Ibrahi “Messiah”. Messiah atau al-Masih merupakan gelaran kepada Jesus (Nabi Isa). Berdasarkan ini, maka sesiapa yang menjadi pengikut kepada Jesus digelar sebagai orang “Kristian”.

Kristian percaya pada peringkat permulaan, Tuhan telah mencipta malaikat terlebih dahulu. Satu pertiga daripadanya memberontak terhadap Tuhan yang di ketuai oleh malaikat bernama Lucifer (Satan). Maka berlakulah peperangan di antara kumpulan Satan dengan kumpulan baik yang di pimpin oleh Mikail. Satan kalah dan telah di halau dari langit. Cerita ini boleh di rujuk dalam Bible kitab Revelation 5:11 / 12:4 / 12/ 7-9, dan kitab Isaiah 14:12.

Kristian percaya dengan akibat penderhakaan malaikat ini, Nabi Adam dicipta tetapi telah di hasut oleh Iblis menyebabakan Nabi Adam telah menderhaka kepada Tuhan dengan sebab memakan sebuah pohon larangan. Adam dihukum sebagai orang yang berdosa yang turut ditanggung keseluruhan keturunannya sehingga ke hari kiamat. Kristian percaya Tuhan menyesal mencipta manusia, sepertimana kenyataan kitab Genesis 6:5-6.

Doktrin ketuhanan agama Kristian dikenali sebagai “Dogma of the Holy Trinity”. Ia merujuk kepercayaan bahawa Tuhan itu satu namun wujud dalam tiga peribadi (Persons). Peribadi yang dimaksudkan itu ialah Bapa (Father), Anak (Son) dan Roh Kudus (Holy Spirit).

Agama Kristian memberi tumpuan kepada Jesus. Ia meliputi persoalan kelahiran (birth), kehidupan (life & teachings), penyaliban (crucifixion), kematian (death), serta kebangkitan semula (resurrection) Jesus dari “kematian”.

Keyakinan pengikut Kristian bahawa Jesus merupakan satu-satunya individu yang dapat menyelamatkan manusia dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Ini berdasarkan dua ungkapan Bible iaitu Kitab John 3:16 serta Kitab Romans 10:9 yang bermaksud:- “Kerana begitu besar kasih Tuhan akan dunia ini, sehingga Ia telah mengurniakan Anak-Nya yang tunggal (Jesus), supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal”.

Sejarah Kristian mencatatkan Jesus dilantik sebagai anak Tuhan dan mula menjalankan misi dakwah ketika berumur sekitar 30 tahun, semasa pertemuan dengan sepupunya bernama Nabi Yahaya di sebuah tasik bernama Galilee. Menurut kitab Matthew 3:1-16 dan John 1: 29-34 bahawa Nabi Yahya ditugaskan membaptiskan Bani Israel di sungai Jordan. Ia sebagai tanda mereka bertaubat dari melakukan dosa. Apabila tamat upacara pembaptisan ke atas Jesus maka cara tiba-tiba terbukalah pintu langit lalu turun seekor burung merpati serta terdengar suara dari langit yang berbunyi “Inilah Anak-Ku yang Kukasihi, kepada-Nyalah Aku berkenaan”. Penganut Kristian mengaggap peristiwa ini sebagai titik permulaan Jesus dilantik secara rasmi sebagai anak Tuhan.

Sebenarnya Jesus sama sekali tidak membawa akidah baharu. Beliau berdakwah mengenai akidah tawhid yang diperjuangkan keseluruhan para Nabi terdahulu. Kenyataan bahawa kedatangan Jesus bukan untuk meniadakan hukum Taurat ada diperakukan di dalam Deuteronomy 5: 8-9, Matthew 5:17-18 , Matthew 19: 16-17, Matthew 21:18, Matthew 24:36, Mark 12: 29-32, Mark 12:34, John 5:37, John 14:28, dan John 17:3.

Jesus tidak disenangi oleh pendita Yahudi. Dari masa ke semasa Jesus menyampaikan pengajaran di temple Bani Israel. Usaha ini mendapat sambutan masyarakat disebabakan Jesus bukan membawa agama baru tetapi hanya meneruskan pengajaran yang di bawa oleh Nabi Musa kepada Bani Israel. Keadaan ini menyebabkan para pendita Yahudi merasa tergugat, dan melemparkan fitnah kononnya Jesus mahu merampas kerajaan serta mengaku menjadi anak Tuhan. Tomahan ini di percayai oleh pengikut-pengikutnya. Dalam peristiwa penyaliban ini penganut Kristian yakin setelah Jesus mati dikayu salib, beliau akan bangkit dari kematian pada hari ketiga lalu naik ke langit. Tidak menjadi satu keganjilan apabila pendita Yahudi merancang membunuh Nabi Isa, kerana banyak insiden sejarah telah mebuktikan bahawa orang Israel telah banyak membunuh nabi-nabi mereka.

Dengan kematian Jesus yang di anggap satu-satunya Anak Tunggak Tuhan di kayu salib, ia bagi menebus dosa warisan serta merapatkan kembali hubungan antara Tuhan dengan manusia. Konsep ini dinamakan sebagai Doktrin Penyaliban. Cerita ini boleh dirujuk ke kitab Colossians 1:20 dan kitab Philippians 2:8.

Golongan Pauline atau dikenali dengan The Catholic Church mengamalkan konsep keterbukaan kepada semua bangsa serta tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada hukum Taurat, maka ianya menjadi popular. Anggaran pengikutnya sekarang melebihi 1.5 billion dan penganut Gereja Roman Katholik ini berpust di Vatican, Rome di bawah pemimpin seorang Pope. Gereja Roman Katolik mempunyai Bible yang terdiri dari 73 buah kitab. Gereja Roman Katolik menegaskan kepercayaan berasaskan kepada Bible dan Church Tradition. Ini bermakna tafsiran Bible dan perkara keagamaan hanya boleh dibuat oleh gereja sahaja, bukan idividu.

Golongan kedua terbesar ialah Gereja Protestant dengan pengikut seramai 375 juta orang. Kristian Gereja Protestant menerima pakai Bible yang mempunyai himpunan 66 kitab, iaitu 39 daripadanya dikenali sebagai kitab Old Testament. Manakala 27 buah yang lain di kenali sebagai New Testament. Old Testament mengandungi undang-undang Nabi Musa, kisah-kisah sejarah, puisi dan bab ramalan-ramalan mengenai perkara akan datang. Gereja Protestant menegaskan kefahaman Bible berdasarkan tafsiran individu, menyebabkan ianya berpecah kepada beratus-ratus aliran, seperti Lutheran, Presbyterian, Methodist, Baptist, dan Anglikan.

New Testament Gereja Protestant ini mengandungi kisah kehidupan Nabi Isa yang ditulis oleh tokoh agama setelah berpuluh tahun kewafatan Nabi Isa. Daripada 27 kitab Perjanjian Baru, 14 daripadanya dikatakan ditulis semula oleh St Paul of Tarsus. Ianya pada awalnya ditulis untuk sidang Gereja untuk keseragaman tafsiran. Namun akhirnya ia dinaikkan taraf menjadi “canon” yang bermaksud suci serta berautoriti sebagai wahyu. Ia tidak ada hierarki seperti Gereja Roman Katolik tetapi mengwujudkan The World Council of Churches.

Aliran ketiga terbesar ialah Eastern Orthodox Church dengan 170 juta penganut, di damping ada beratus-ratus aliran kerdil lain. Salah satunya ialah kumpulan pengikut asal Jesus yang diketuai oleh St. James serta St. Peter yang berpusat di Jerusalem. Jika anggap penduduk Kristian di Israel adalah kesemuanya pengikut kumpulan ini, maka bilangannya lebih kurang satu ratus ribu orang sahaja. Orang Kristian di Israel kebanyakannya bertutur dalam Bahasa Arab.

Nabi Isa berpegang teguh kepada hukum Taurat yang di bawa oleh Nabi Musa. Namun penganut Kristian dewasa ini tidak lagi berpegang kuat kepada arahan Nabi Isa ini. Sebaliknya mereka lebih mengikuti ajaran St. Paul sepertimana tercatat di dalam kitab Galatians 3:25 yang menetapkan apabila seseorang itu beriman kepada Nabi Isa, maka hukum Taurat tidak diperlukan lagi. St Paul dalam kitab Ephesians 2:15 menegaskan bahawa Nabi Isa membatalkan keseluruhan printah serta ketentuan Taurat menerusi kematiannya. Contohnya, Taurat mengharamkan penganutnya memakan babi. Kristian bersetuju pengharaman ini seperti mana tercatat di dalam Kitab Leviticus 11:7 bahawa khinzir termasuk kategori makanan yang diharamkan Tuhan. Walau bagaimanapun, St. Paul di dalam kitab Timothy 4:3-4 mengharuskan apa jua makanan yang diharamkan hukum Taurat jika diterima dengan ucapan syukur kerana menganggap semua yang diciptakan Tuhan itu boleh di makan.

Islam dan Yahudi mengamalkan berkhatan, tetapi Kristian tidak lagi mempraktikkannya. Ini disebabkan kenyataan St Paul of Tarsus dalam kitab Romans 2:29 membatalkan syariat berkhatan secara zahir lalu menggantikannya dengan berkhatan dari sudut hati, secara rohani bukan secara hurufiah.

Yahudi dan Kristian percaya hari akhirat manusia yang akan dibangkitkan oleh Tuhan nanti hanya rohya sahaja, tidak bersama-sama dengan jasadnya. Penduduk surga tidak makan, tidak minum dan tidak kahwin.

Kitab Kristian di Israel menggunakan perkataan “Allah” sebagai rujukan kepada Tuhan mereka. Orang Islam di sana tidak membantah bahkan ianya tidak pernah menjadi suatu isu. Walau bagaimanapun, perlu di ingatkan bahawa terminology ketuhanan Triniti mereka ialah tuhan bapa, tuhan anak dan roh suci, sedangkan umat Islam berimam kepada SATU Allah SWT itu adalah satu akidah. Kitab Injil sepertimana Kitab Taurat, telah di ubah-ubah dan perkara ini di firmankan Allah dalan surah al-Maidah : 14 yang bermaksud:-

“Dan dari orang-orang yang mengatakan bahawa mereka orang Nasrani, Kami ambil perjanjian dari mereka , tetapi mereka melupakan sebahagian apa yang telah diperingatkan kepada mereka, kerana itu kami timbulkan permusuhan antara mereka sampai hari kiamat. Dan Tuhan akan. Memberikan kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan”.

Berdasarkan penjelasan di atas, agama Nasrani atau sekarang ini lebih di kenali sebagai Kristian telah menyimpang jauh dari apa yang di dakwahkan oleh Nabi Isa. Ianya telah bayak di ubahsuai oleh tangan-tangan manusia.

AGAMA ISLAM

AL-QURAN diwahyukan ialah dengan malaikat memasukkan wahyu ke dalam hati Rasulullah, atau malaikat merupai lelaki bertemu Rasulullah, atau malaikat benar-benar dengan rupa aslinya, atau wahyu datang seperti gemerincingnya lonceng. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad oleh Allah dengan perantaraan Malaikat Jibril.

Al-Quran tetap versi asal kerana sejak awal lagi Nabi Muhammad mengarahkan sahabat-sahabatnya supaya menulis serta menghafalnya dengan tepat sepertimana ia diwahyukan. Kemudian manuskrip ini dijadikan sebagai bahan rujukan apabila mereka menyalin semula al-Quran tanpa sebarang tokok tambah dan pengubahsuaian sehingga hari ini.

Di riwayatkan daripada Wa’ilah bin al-Asqo mengenai sabda Rasulullah yang bermaksud:-

“Saya telah dikurniakan 7 buah surah yang panjang pengganti tempat kitab Taurat, dan dikurniakan surah-surah Al Miuun pengganti tempat kitab Injil, dan dikurniakan surah Al Matsaani pengganti tempat kitab Zabur, dan juga saya diberi kelebihan dikurniakan surah-surah Al Mufashshal”.

Kitab al-Quran telah di bahagikan mengikut panjang pendeknya sesuatu surah dan dibahagikan kepada 4 jenis iaitu :-.

(a) Pertama, Assab’uththiwaal bermaksud surah yang panjang-panjang iaitu Al Baqarah (Sapi Betina 286 ayat), Ali Imran (Keluarga Imran 200 ayat), An Nisaa (Wanita 176 ayat), Al Maa-idah (Hidangan 120 ayat), Al An’aam (Binatang Ternak 165 ayat), Al A’Raaf (Tempat Tinggi 206 ayat), dan Yunus (109 ayat). Pengganti tempat Kitab Taurat.

(b) Kedua, Al Miuun ialah surah yang mempunyai seratus ayat lebih seperti Thaahaa (135 ayat), At Taubah (129 ayat), An Nahl (128 ayat), Hud (123 ayat), Al Maa’idah (120 ayat), Al Mu’minuun (118 ayat), Al Anbiyaa’ (112 ayat), Yusuf (111 ayat), Mu’min, Al Israa (111 ayat), Al Kahfi (110 ayat), dan lain-lain. Pengganti tempat Kitab Injil.

(c) Ketiga, Al Matsaani yang mengandungi kurang sedikit daripada seratus ayat seperti Al Hijr (99 ayat), Maryam (98 ayat), An Naml (93 ayat), dan lain-lain. Pengganti tempat Kitab Zabur.

(d) Keempat, Al Mufashshal yang mana ayat-ayat pendek seperti Luqman (34 ayat), Al Faatihah (7 ayat), Al Kaafiruun (6 ayat), Al Falaq (5 ayat), Al Ikhlash (4 ayat), An Nashr (3 ayat), Al Kautsar (3 ayat), dan Al’Ashr (3 ayat) dan lain-lain.

Islam menolak konsep pemberontakaan para malaikat kerana mereka sentiasa mentaati perintah Allah, sepertimana surah al-Tahrim :6 yang bermaksud:-

“Mereka (malaikat) tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintah”.

Namun sejarah Islam menganggap Nabi Isa diisytiharkan sebagai utusan Allah ketika masih dalam buaian lagi. Ia berdasarkan surah Maryam : 30 yang bermaksud:-

“Ia menjawab: sesungguhnya aku (Nabi Isa) ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi”.

Islam membantah kepercayaan karut mengenai doktrin Triniti yang menjadi asas agama Kristian. Dalan surah al-Maidah:73 firman Allah bermaksud:-

“Demi sesungguhnya kafirlah orang-orang yang berkata Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Mana Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakana itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya”.

Islam menetang kepercayaan bahawa Nabi Isa adalah anak tunggal Tuhan. Ini adalah sebesar-besar penghinaan terhadap keesaan Allah, dan Allah telah berfirman di surah al-Ikhlas yang bermaksud:-

“Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Mana Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang setara denganNya”.

Nabi Isa tidak mati, sebaliknya Islam menyakini Nabi Isa diselamatkan oleh Allah sepertimana dinyatakan dalam surah al-Nisa 4:157 bermaksud:-

“Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya tetapi diserupakan bagi mereka”.

Islam menolak konsep dosa warisan, oleh sebab manusia dilahirkan dalam.keadaan fitrah iaitu suci bersih. Kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi.

Dalam agama Islam, perbezaan pendapat memang sedia wujud tetapi ia hanya berlaku dalam perkara terjemahan atau intrepretasi dalam beberapa perkara ranting dan cabang sahaja. Seperti contoh bilangan rukun Iman dan rukun Islam tetap sama kepada semua mazhab, dan bilangan sembahyang dan rakaatnya tiada percangahan.

PENUTUP

Walau apapun diperkatakan di atas, firman Allah dalam surah al-Baq arah 2:120 yang bermaksud:-

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau mengikut agama mereka. Katakanlah: Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar). Dan sesungguhnya jika engkau mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindungdan penolong bagimu.”

RUJUKAN (KITAB-KITAB BERIKUT BOLEH DI PEROLEHI DI KUTUBKANAH MASJID AL-ESHAN)

· AL’QURAN DAN TERJEMAHNYA : Kerajaan Saudi Arabia
· Ahmad Sonhadji Mohamad : TAFSIR AL-QURAN : Pustaka Al-Mizan
· Hamka : TAFSIR AL-AZHAR – Yayasan Nurul Islam
· K.H. Sirajuddin Abbas : I’ITIQAD AHLUSSUNNAH WAL-JAMA’AH : Puataka Aman Press Sdn Bhd
· Mohd Amin Yaacob & Lim Jooi Soon : 7 PERSOALAN BERKENAAN ASAS-ASAS AGAMA KRISTIAN : Perkim Cawangan Ampang