10 Zulhijjah 1431H akan tiba hanya beberapa hari lagi. Pada tarikh keramat ini para jemaah haji menuju ke Mina setelah berwukuf di Padang Arafah pada hari sebelumnya, sementara umat Islam diseluruh dunia pula akan menyambut Hari Raya 'Idul Adha. Begitu lah juga di kariah Masjid Al-Ehsan SS4A, kita akan menyambut ketibaan 10 Zuhijjah dengan menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:
- Bertakbir sebaik selesai solat Maghrib dimasjid pada malam 17hb November dan dikuti dengan majlis takbir dari rumah kerumah selepas solat Isya'. Kepada ahli kariah yang ingin kumpulan takbir untuk mengunjung kerumah mereka, sila isi borang takbir yang telah diedarkan dan kembalikannya kepada Setiausaha sebelum 13hb Nov. 2010. Kelewatan mengembalikan borang pada tarikh yang ditetapkan akan mengakibatkan rumah tuan/puan tidak dimasukkan kedalam senarai.
- Solat Sunat 'Idul Adha akan dimulakan pada jam 8.20 pagi
- Ibadah Qurban - Pada mulanya pihak Pengurusan masjid telah merancang untuk melakukan penyembelihan haiwan qurban di pusat penyembelihan (abbattoir) diShah Alam pada hari Jumaat 19hb Nov dan kerja-kerja melapah dilakukan secara gotong royong dimasjid pada 20hb Nov. Walaubagaimanapun, atas permintaan para jemaah terutama dari gulungan muda, rancangan ini telah ditukar. Penyembelihan haiwan qurban akan dilaksanakan secara bergotong royong bermula kira-kira setengah jam selepas solat sunat 'Idul Adha selesai dilaksanakan. Ianya akan dijalankan ditanah lapang bekas tapat pusat komuniti yang telah dirobohkan. Para jemaah yang telah mencarom didalam ibadah qurban ini dialu-alukan untuk turut serta pada masa penyembelihan dilakukan dan seterusnya menyertaai para jemaah yang lain dalam gotong royong bagi menyempurnakan ibadah ini.
No comments:
Post a Comment