Wednesday, November 10, 2010

MAJLIS QURBAN DAN JAMUAN HARI RAYA 'IDUL ADHA

LEMBU-LEMBU UNTUK QURBAN
Pada tengahari tadi Setiausaha bersama-sama Nazir telah pergi kekandang lembu pembekal untuk melihat dan memilih lembu-lembu yang bakal diqurbankan pada Hari Raya Qurban yang akan tiba tidak berapa lama lagi. Pada posting yang lalu saya telah maklumkan yang kita akan menyembelih tujuh ekor lembu sahaja tapi hakikatnya kita akan menyembelih sembilan ekor lembu pada hari tersebut. Diatas permintaan jemaah, caruman telah dibuka untuk seekor lembu lagi pada hari Isnin 8hb Nov 2010 dan caruman telah penuh pada hari yang sama juga. Pada petang ini pula, Tuan Nazir telah menerima SMS dari pihak JAIS yang menyatakan yang Menteri Besar akan menderma seekor lembu untuk diqurbankan, menjadikan jumlah lembu yang akan diqurbankan ditempat kita kesemuanya sembilan ekor. Alhamdulillah. Nampak nya para jemaah terutama para pemuda akan terpaksa bekerja lebih keras lagi bagi menyempurnakan ibadah qurban tahun ini. Lebih-lebih lagi, lembu-lembu yang telah dipilih kali ini adalah yang bersaiz lebih besar dari lembu-lembu yang diqurbankan pada tahun lalu. Mungkin susah sikit nak ditumbangkan. Lihat lah sendiri:

 Lembu #1 hingga #5 (dari kiri ke kanan)

Lembu #6 hingga #8 (dari kiri ke kanan)

GOTONG ROYONG
Para jemaah diminta hadir beramai-ramai untuk menyumbang tenaga supaya kerja-kerja penyembelihan, melapah dan pengagihan dapat disempurnakan sebelum masuk waktu zohor. Selain dari meringankan kerja dengan bergotong royong kita akan menghidupkan ungkapan "Qurban membentuk Kesatuan Ummah". Para jemaah yang hadir akan dihidangkan jamuan makan tengahari nasi putih berlauk sup tulang berserta sayur dan lain-lain.

MAJLIS JAMUAN 'IDUL ADHA
Pihak pengurusan masjid akan mengadakan Majlis Jamuan 'Idul Adha pada malam Sabtu 20hb Nov. 2010 dimana sebahagian dari daging qurban yang akan disimpan akan dimasak untuk menjadi lauk untuk majlis jamuan  tersebut. Acara malam tersebut adalah seperti berikut:
  1. Solat Maghrib berjemaah
  2. Ceramah khas oleh YBhg Ustaz Datuk Hashim Bin Yahya
  3. Solat Isya' berjemaah
  4. Jamuan
  5. Bersurai
 Sekian, Wassalam

No comments:

Post a Comment