Saturday, November 27, 2010

KUMPULAN MARHABAN NURUL EHSAN



Kumpulan Marhaban Nurul Ehsan yang dipimpin oleh Puan Hajjah Saadiah Mokhtar telah lama bergiat dikariah Masjid Al-Ehsan SS4A. Kumpulan ini telah menyerikan banyak majlis majlis perkahwinan dan cukur jambul yang diadakan oleh penduduk sekeliling. Disamping itu ianya juga menerima undangan dari luar dan juga menyertai pertandingan marhaban yang dianjurkan oleh masjid-masjid lain dalam daerah Petaling. Untuk mengundang Kumpulan Nurul Ehsan kemajlis anda sila hubungi Pn. Hajjah Saadiah di talian 012-3914014. Wassalam.

Wednesday, November 10, 2010

MAJLIS QURBAN DAN JAMUAN HARI RAYA 'IDUL ADHA

LEMBU-LEMBU UNTUK QURBAN
Pada tengahari tadi Setiausaha bersama-sama Nazir telah pergi kekandang lembu pembekal untuk melihat dan memilih lembu-lembu yang bakal diqurbankan pada Hari Raya Qurban yang akan tiba tidak berapa lama lagi. Pada posting yang lalu saya telah maklumkan yang kita akan menyembelih tujuh ekor lembu sahaja tapi hakikatnya kita akan menyembelih sembilan ekor lembu pada hari tersebut. Diatas permintaan jemaah, caruman telah dibuka untuk seekor lembu lagi pada hari Isnin 8hb Nov 2010 dan caruman telah penuh pada hari yang sama juga. Pada petang ini pula, Tuan Nazir telah menerima SMS dari pihak JAIS yang menyatakan yang Menteri Besar akan menderma seekor lembu untuk diqurbankan, menjadikan jumlah lembu yang akan diqurbankan ditempat kita kesemuanya sembilan ekor. Alhamdulillah. Nampak nya para jemaah terutama para pemuda akan terpaksa bekerja lebih keras lagi bagi menyempurnakan ibadah qurban tahun ini. Lebih-lebih lagi, lembu-lembu yang telah dipilih kali ini adalah yang bersaiz lebih besar dari lembu-lembu yang diqurbankan pada tahun lalu. Mungkin susah sikit nak ditumbangkan. Lihat lah sendiri:

 Lembu #1 hingga #5 (dari kiri ke kanan)

Lembu #6 hingga #8 (dari kiri ke kanan)

GOTONG ROYONG
Para jemaah diminta hadir beramai-ramai untuk menyumbang tenaga supaya kerja-kerja penyembelihan, melapah dan pengagihan dapat disempurnakan sebelum masuk waktu zohor. Selain dari meringankan kerja dengan bergotong royong kita akan menghidupkan ungkapan "Qurban membentuk Kesatuan Ummah". Para jemaah yang hadir akan dihidangkan jamuan makan tengahari nasi putih berlauk sup tulang berserta sayur dan lain-lain.

MAJLIS JAMUAN 'IDUL ADHA
Pihak pengurusan masjid akan mengadakan Majlis Jamuan 'Idul Adha pada malam Sabtu 20hb Nov. 2010 dimana sebahagian dari daging qurban yang akan disimpan akan dimasak untuk menjadi lauk untuk majlis jamuan  tersebut. Acara malam tersebut adalah seperti berikut:
  1. Solat Maghrib berjemaah
  2. Ceramah khas oleh YBhg Ustaz Datuk Hashim Bin Yahya
  3. Solat Isya' berjemaah
  4. Jamuan
  5. Bersurai
 Sekian, Wassalam

Thursday, November 4, 2010

SAMBUTAN HARI RAYA 'IDUL ADHA & IBADAH QURBAN

Assalamu'alaikum w.b.t,
10 Zulhijjah 1431H akan tiba hanya beberapa hari lagi. Pada tarikh keramat ini para jemaah haji menuju ke Mina setelah berwukuf di Padang Arafah pada hari sebelumnya, sementara umat Islam diseluruh dunia pula akan menyambut Hari Raya 'Idul Adha. Begitu lah juga di kariah Masjid Al-Ehsan SS4A, kita akan menyambut ketibaan 10 Zuhijjah dengan menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:
  1. Bertakbir sebaik selesai solat Maghrib dimasjid pada malam 17hb November dan dikuti dengan majlis takbir dari rumah kerumah selepas solat Isya'. Kepada ahli kariah yang ingin kumpulan takbir untuk mengunjung kerumah mereka, sila isi borang takbir yang telah diedarkan dan kembalikannya kepada Setiausaha sebelum 13hb Nov. 2010. Kelewatan mengembalikan borang pada tarikh yang ditetapkan akan mengakibatkan rumah tuan/puan tidak dimasukkan kedalam senarai. 
  2. Solat Sunat 'Idul Adha akan dimulakan pada jam 8.20 pagi
  3. Ibadah Qurban - Pada mulanya pihak Pengurusan masjid telah merancang untuk melakukan penyembelihan haiwan qurban di pusat penyembelihan (abbattoir) diShah Alam pada hari Jumaat 19hb Nov dan kerja-kerja melapah dilakukan secara gotong royong dimasjid pada 20hb Nov. Walaubagaimanapun, atas permintaan para jemaah terutama dari gulungan muda, rancangan ini telah ditukar. Penyembelihan haiwan qurban akan dilaksanakan secara bergotong royong bermula kira-kira setengah jam selepas solat sunat 'Idul Adha selesai dilaksanakan. Ianya akan dijalankan ditanah lapang bekas tapat pusat komuniti yang telah dirobohkan. Para jemaah yang telah mencarom didalam ibadah qurban ini dialu-alukan untuk turut serta pada masa penyembelihan dilakukan dan seterusnya menyertaai para jemaah yang lain dalam gotong royong bagi menyempurnakan ibadah ini.
Sekian, harap maklum. Wassalam.