Alhamdullilah, posting mengenai Pemuliharaan & Pembangunan Masjid kita telah mendatangkan hasil.
Tergenang air mata, sangat gembira, apabila diberitahu oleh Tuan Nazir mengenai usaha seorang ahli kariah yang telah pun dapat mengumpul sebanyak RM15,000.00 untuk dimasukkan kedalam Tabung Pemuliharaan & Pembangunan Masjid. Beliau masih lagi berusaha untuk mendapatkan sumbangan dari ahli keluarga, kenalan dan lain lain dan telah mensasarkan untuk mencapai angka RM30,000.
" جزاك اللَّه خيراً" (Jazakallahu khairan) diucapkan kepada Tuan yang berusaha, ahli keluarga tuan dan kenalan tuan diatas segala sumbangan. Dengan adanya sumbangan ini, insyaAllah kerja-kerja yang telah dirancang ini akan dapat dilaksanakan dengan segera.
Wassalam
Friday, April 16, 2010
Monday, April 12, 2010
Wajah Tampan Masjid Al-Ehsan SS4A Perlu Sentiasa Di Pelihara
Assalamu'alaikum w.b.t.
Mungkin tidak ramai ahli kariah yang perasan tentang sedikit perubahan yang telah dilakukan kepada wajah Masjid kita. Lebih kurang sebulan yang lalu pihak Pengurusan Masjid telah mengeluarkan satu kerja bagi pemulihan wajah masjid kita ini. Sila lihat gambar-gambar dibawah ini:
Dahulu - sebelum pemulihan
Lihat lah cat yang terkopek/luntur di bahagian atas masjid.
Sekarang - Alhamdulillah, selepas pemulihan

Tentu anda setuju yang wajah Masjid kita ini nampak lebih berseri setelahbahagian atas yang cat nya sudah terkopek/luntur dicat semula. Walaupun nampak remeh, pihak Pengurusan telah memutuskan supaya kerja ini dilaksanakan segera kerana merasakan kecacatan ini boleh merosakkan imej masjid kita.
Kerja mengecat ini telah menelan belanja lebih kurang RM2,100. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, semua kos bagi melaksanakan kerja ini telah ditanggung oleh seorang ahli kariah yang dermawan. Semuga Allah berkati & tambahkan lagi rezeki beliau.
Selain dari kerja pemulihan wajah, ada beberapa lagi kerja-kerja pemuliharaan & pembangunan yang telah dirancang. Projek-projek ini adalah seperti berikut:

Gambarajah
Namun, projek-projek ini tidak dapat dilaksanakan dengan segera kerana faktor kewangan masjid yang kian merosot. Oleh kerana itu satu kempen pengutipan derma bagi mengisi Tabung Pembangunan akan dijalankan tidak lama lagi. Kerja kerja yang tersebut diatas akan dilaksanakan satu persatu sebaik saja dana yang telah dikutip mencukupi bagi perlaksanaan setiap satu kerja.
Dari itu AJK & Pengurusan Masjid Al-Ehsan SS4A, dengan segala rendah hati memohon sumbangan dari anda yang dermawan bagi mengisi tabung ini. Semuga segala yang anda sumbangkan bakal menjadi bekal untuk dibawa menemui Allah Azawajallah diAkhirat nanti. Wassalam.
Mungkin tidak ramai ahli kariah yang perasan tentang sedikit perubahan yang telah dilakukan kepada wajah Masjid kita. Lebih kurang sebulan yang lalu pihak Pengurusan Masjid telah mengeluarkan satu kerja bagi pemulihan wajah masjid kita ini. Sila lihat gambar-gambar dibawah ini:
Dahulu - sebelum pemulihan

Lihat lah cat yang terkopek/luntur di bahagian atas masjid.
Sekarang - Alhamdulillah, selepas pemulihan

Tentu anda setuju yang wajah Masjid kita ini nampak lebih berseri setelahbahagian atas yang cat nya sudah terkopek/luntur dicat semula. Walaupun nampak remeh, pihak Pengurusan telah memutuskan supaya kerja ini dilaksanakan segera kerana merasakan kecacatan ini boleh merosakkan imej masjid kita.Kerja mengecat ini telah menelan belanja lebih kurang RM2,100. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, semua kos bagi melaksanakan kerja ini telah ditanggung oleh seorang ahli kariah yang dermawan. Semuga Allah berkati & tambahkan lagi rezeki beliau.
Selain dari kerja pemulihan wajah, ada beberapa lagi kerja-kerja pemuliharaan & pembangunan yang telah dirancang. Projek-projek ini adalah seperti berikut:
- "Water Proofing" (mengkalis air) seluruh bumbung bagi mengatasi kebocoran. Pihak AJK masih lagi dalam proses mendapatkan anggaran kos
- Memasang jubin ditempat mengambil wuduk terbuka (lihat Gambarajah) - Anggaran kos: RM2,350.00
- Membina bumbung menyambungkan ruang makan (lelaki) ke bangsal serbaguna dan memasang jubin (lihat Gambarajah) - Anggaran kos: RM18,700.00

Gambarajah
Namun, projek-projek ini tidak dapat dilaksanakan dengan segera kerana faktor kewangan masjid yang kian merosot. Oleh kerana itu satu kempen pengutipan derma bagi mengisi Tabung Pembangunan akan dijalankan tidak lama lagi. Kerja kerja yang tersebut diatas akan dilaksanakan satu persatu sebaik saja dana yang telah dikutip mencukupi bagi perlaksanaan setiap satu kerja.
Dari itu AJK & Pengurusan Masjid Al-Ehsan SS4A, dengan segala rendah hati memohon sumbangan dari anda yang dermawan bagi mengisi tabung ini. Semuga segala yang anda sumbangkan bakal menjadi bekal untuk dibawa menemui Allah Azawajallah diAkhirat nanti. Wassalam.
Friday, March 26, 2010
TOPIK BARU DALAM SEMBANG ILMU
Sembang Ilmu telah di muatkan dengan perbualan perbualan baru (Sembang 3 - 7) mengenai topik-topik berikut:
- Kejadian alam 15 billion tahun yang lalu?
- Kejadian dunia dari asap?
- Ilmu sunat banyak munafaat
- Nabi Isa bukan anak Allah
- Kenapa Isra' Mi'raj tidak bermula dari Mekah?
WAJAH BARU
Assalamu'alaikum. Pengunjung yang telah biasa melayari blog ini tentu terperanjat dengan perubahan pada wajah blog ini. Pengendali telah mengambil keputusan untuk membuat perubahan kepada wajah blog ini kerana merasakan template yang dahulu agak "simple" dan kurang menarik. Pengendali mengalu-alukan sebarang komen mengenai perubahan ini. Wassalam
Wednesday, March 10, 2010
Bilakah Nabi Adam dijadikan?
Rencana ini telah berpindah ke Laman Sembang Ilmu. Ikuti juga perbualan yang lain antara MULIA & FAEZ diLaman Sembang Ilmu
Sunday, March 7, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)