Monday, April 12, 2010

Wajah Tampan Masjid Al-Ehsan SS4A Perlu Sentiasa Di Pelihara

Assalamu'alaikum w.b.t.

Mungkin tidak ramai ahli kariah yang perasan tentang sedikit perubahan yang telah dilakukan kepada wajah Masjid kita. Lebih kurang sebulan yang lalu pihak Pengurusan Masjid telah mengeluarkan satu kerja bagi pemulihan wajah masjid kita ini. Sila lihat gambar-gambar dibawah ini:

Dahulu - sebelum pemulihan

Lihat lah cat yang terkopek/luntur di bahagian atas masjid.






Sekarang - Alhamdulillah, selepas pemulihan
Tentu anda setuju yang wajah Masjid kita ini nampak lebih berseri setelahbahagian atas yang cat nya sudah terkopek/luntur dicat semula. Walaupun nampak remeh, pihak Pengurusan telah memutuskan supaya kerja ini dilaksanakan segera kerana merasakan kecacatan ini boleh merosakkan imej masjid kita.

Kerja mengecat ini telah menelan belanja lebih kurang RM2,100. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, semua kos bagi melaksanakan kerja ini telah ditanggung oleh seorang ahli kariah yang dermawan. Semuga Allah berkati & tambahkan lagi rezeki beliau.

Selain dari kerja pemulihan wajah, ada beberapa lagi kerja-kerja pemuliharaan & pembangunan yang telah dirancang. Projek-projek ini adalah seperti berikut:
  1. "Water Proofing" (mengkalis air) seluruh bumbung bagi mengatasi kebocoran. Pihak AJK masih lagi dalam proses mendapatkan anggaran kos
  2. Memasang jubin ditempat mengambil wuduk terbuka (lihat Gambarajah) - Anggaran kos: RM2,350.00
  3. Membina bumbung menyambungkan ruang makan (lelaki) ke bangsal serbaguna dan memasang jubin (lihat Gambarajah) - Anggaran kos: RM18,700.00






Gambarajah







Namun, projek-projek ini tidak dapat dilaksanakan dengan segera kerana faktor kewangan masjid yang kian merosot. Oleh kerana itu satu kempen pengutipan derma bagi mengisi Tabung Pembangunan akan dijalankan tidak lama lagi. Kerja kerja yang tersebut diatas akan dilaksanakan satu persatu sebaik saja dana yang telah dikutip mencukupi bagi perlaksanaan setiap satu kerja.

Dari itu AJK & Pengurusan Masjid Al-Ehsan SS4A, dengan segala rendah hati memohon sumbangan dari anda yang dermawan bagi mengisi tabung ini. Semuga segala yang anda sumbangkan bakal menjadi bekal untuk dibawa menemui Allah Azawajallah diAkhirat nanti. Wassalam.

No comments:

Post a Comment