Saturday, January 23, 2010

PENGENALAN

Assalamu'alaikum w.b.t

Blog ini dibina dengan tujuan menjadikan nya salah satu alat bagi penyebaran maklumat kepada ahli kariah Masjid Al-Ehsan SS4A, Kelana Jaya. Pengendali blog ini masih lagi dalam peringkat merangkak (baru belajar) dan belum lagi mahir dalam membuat posting. Sebarang kekurangan harap dapat dimaafkan. Walaubagaimana pun, sumbangan saya yang sedikit ini diharap akan dapat dimanfaatkan oleh kumpulan sasar dan pengunjung-pengunjung yang lain.

Dalam posting yang pertama ini, saya ingin memperkenalkan Masjid Al-Ehsan SS4A, Kelana Jaya. Pada posting yang akan datang, insyaAllah saya merancang untuk memaparkan perkara perkara berikut:
  1. Jadual Majlis Ilmu
  2. Jadual aktiviti semasa
  3. Nota nota ceramah
  4. Rakaman Audio ceramah
  5. Rakaman Video ceramah
  6. Laporan aktiviti yang dijalankan

Sekian,

Wassalam


MASJID AL-EHSAN SS4A KELANA JAYA - PENGENALAN




SEJARAH RINGKAS
  1. Tahun 1979 - SS4A Kelana Jaya (dahulu dikenali sebagai SS4A Taman Subang) mula didiami penduduk yang mana 78 buah rumah adalah milik penduduk Islam.
  2. Tahun 1980 - Jawatankuasa Penaja Penduduk Penduduk SS4A Taman Subang ditubuhkan bagi menyelaras perancangan pembinaan sebuah surau untuk kegunaan kegiatan ibaadah. Sementara pembinaan surau masih dalam perancangan, solat berjemaah Maghrib dan Isya’ diadakan dirumah jemaah secara bergilir
  3. Januari 1981 - Surau Al-Ehsan SS4A mula dibina dengan menggunakan plywood dan kayu lama sumbangan dari sebuah syarikat diatas tapak disudut padang permainan kanak kanak. Ia diresmikan pembukaannya oleh Mufti Selangor pada 17 Okt 1981.
  4. Disember 1986 - Surau baru dua tingkat (dari bata & konkrit) pula dibina diatas tapak yang sama (setelah surau lama dipindahkan ke tapak sementara) dengan perbelanjaan lebih RM 300,000 hasil sumbangan daripada kerajaan dan penduduk SS 4A serta orang ramai.
  5. Oktober 1987 - Surau baru siap sepenuhnya dan mula digunakan dengan rasminya
  6. Julai 1997 - Sembahyang Jumaat mula diadakan dengan kebenaran pihak JAIS.
  7. Tahun 2001 - Perancangan bagi mengubahsuai dan penambahan ruang Surau Al-Ehsan dengan anggaran belanja RM 300,000 mula dibuat. Dana pembangunan dikumpul melalui kutipan derma daripada dermawan dan permohonan bantuan daripada pihak JAIS dan Baitul Maal.
  8. Tahun 2002 - Kerja-kerja pembinaan bagi mengubahsuai Surau Al-Ehsan dijalankan.
  9. February 2003 - Kerja pengubahsuaian dan tambahan ruang siap sepenuhnya dengan dengan perbelanjaan berjumlah RM 500,000. Selain penambahan ruang dan reka bentuk baru, luar dan dalam, ruang solat utama masjid kini dilengkapi dengan sistem pendingin udara.
  10. Tahun 2006 - Status surau ditukar kepada Masjid oleh pihak JAIS.
  11. KINI - Masjid Al-Ehsan, selain menjadi pusat perlaksanaan ibadah dan pengembangan ilmu juga berfungsi sebagai pusat pengukuhan ukuwah dan silaturrahim bagi penduduk kariah SS4A dan kariah kariah sekitarnya

LOKASI MASJID AL-EHSAN













CARTA ORGANISASI MASJID AL-EHSAN











MEMASYARAKATKAN MASJID AL-EHSAN SS 4A KELANA JAYA
Selaras dengan matlamat menjadikan masjid sebagai pusat pembentukan masyarakat yang dapat memainkan peranan ke arah meningkatkan syiar Islam, pihak Pengurusan Masjid Al-Ehsan telah berusaha menjalankan berbagai aktiviti yang menjurus kearah pencapaian matlamat tersebut.
Aktiviti aktiviti yang dijalankan diMasjid Al-Ehsan secara istiqamah adalah:
  • <!--[if !supportLists]-->Aktiviti Ibaadah
<!--[if !supportLists]-->1. <!--[endif]-->Solat Fardhu berjemaah
<!--[if !supportLists]-->2. <!--[endif]-->Solat Jumaat
<!--[if !supportLists]-->3. <!--[endif]-->Solat Tarawih & Witir pada bulan Ramadhan
<!--[if !supportLists]-->4. <!--[endif]-->Solat sunat Idil Fitri dan Idil Adha
<!--[if !supportLists]-->5. <!--[endif]-->Sambutan Maulidurrasul dan hari hari penting dalam Islam
  • <!--[if !supportLists]--> Aktiviti aktiviti bagi pengembangan ilmu
<!--[if !supportLists]-->1. <!--[endif]-->Ceramah Agama sebanyak lapan hingga sepuloh kali sebulan
    1. Bersiri menggunakan kitab
    2. Umum
<!--[if !supportLists]-->2. <!--[endif]-->Tazkirah selepas solat subuh sekurang kurangnya sekali seminggu
<!--[if !supportLists]-->3. <!--[endif]-->Kelas Bahasa Arab sekali setiap minggu (hari Selasa)selepas solat Isya’
<!--[if !supportLists]-->4. <!--[endif]-->Kelas Bahasa Al Quran sekali setiap minggu (hari Jumaat) selepas solat Isya’
<!--[if !supportLists]-->5. <!--[endif]-->Ceramah Kesihatan
  • <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Aktiviti aktiviti bagi merapatkan silaturahim antara jemaah
<!--[if !supportLists]-->1. <!--[endif]-->Membaca Yaasin dan tahlil setiap malam Jumaat
<!--[if !supportLists]-->2. <!--[endif]-->Takbir dari rumah kerumah pada malam Idil Fitri dan Idil Adha
<!--[if !supportLists]-->3. <!--[endif]-->Bergotong royong menyembelih lembu dan memasak makanan bagi jamuan majlis Maulidurrasul
<!--[if !supportLists]-->4. <!--[endif]-->Menyempurnakan ibadat qurban secara bergotong royong
<!--[if !supportLists]-->5. <!--[endif]-->Menyediakan juadah moreh secara bergilir gilir pada bulan Ramadhan
  • <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Aktiviti bagi memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
<!--[if !supportLists]-->1. <!--[endif]-->Menyempurnakan pengurusan jenazah jemaah atau ahli keluarga yang meninggal dunia
  • <!--[if !supportLists]-->Aktiviti aktiviti bagi menarik gulungan muda mendekati masjid
<!--[if !supportLists]-->1. <!--[endif]-->Menyediakan kemudahan sukan (ping pong)
<!--[if !supportLists]-->2. <!--[endif]-->Menganjurkan pertandingan sukan untuk gulungan remaja (sepak takraw)
<!--[if !supportLists]-->3. <!--[endif]-->Menganjur program motivasi dan “summer camp”
<!--[if !supportLists]-->4. <!--[endif]-->Mengadakan majlis Qiamulail khas untuk gulungan muda yang dipimpin oleh tokoh pemuda
  • <!--[if !supportLists]-->Aktiviti aktiviti bagi menarik minat kaum bukan Islam
<!--[if !supportLists]-->1. <!--[endif]-->Berkerjasama menganjurkan pertandingan futsal antara remaja SS4, SS4A, SS4B, SS4C & SS4D
<!--[if !supportLists]-->2. <!--[endif]-->Menyediakan kemudahan bilik mesyuarat kepada Majlis Perwakilan Penduduk
<!--[if !supportLists]-->3. <!--[endif]-->Menerajui usaha pembentukan Persatuan Penduduk dan penubuhan Rukun Tetangga

KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR - MESRA JEMAAH


Masjid ini yang dibina dua tingkat menyediakan berbagai kemudahan bagi kemaslahatan jemaah:

Tingkat Bawah Menempatkan Ruang Ruang & Kemudahan Berikut:

<!--[if !supportLists]-->1. <!--[endif]-->Satu Bilik Mesyuarat /Kelas
<!--[if !supportLists]-->2. <!--[endif]-->Satu Bilik Pejabat
<!--[if !supportLists]-->3. <!--[endif]-->Satu Bilik Mandi Jenazah
<!--[if !supportLists]-->4. <!--[endif]-->Satu Ruang Stor
<!--[if !supportLists]-->5. <!--[endif]-->Dua Ruang Serbaguna – Jamuan
<!--[if !supportLists]-->6. <!--[endif]-->Satu Dapur Lengkap
<!--[if !supportLists]-->7. <!--[endif]-->Satu Tempat Ambil Wuduk Tertutup
<!--[if !supportLists]-->8. <!--[endif]-->Dua tempat berwuduk terbuka
<!--[if !supportLists]-->9. <!--[endif]-->Dua Tandas Lelaki & Wanita
<!--[if !supportLists]-->10. <!--[endif]-->Bangsal/Gelanggang Ping Pong
<!--[if !supportLists]-->11. <!--[endif]-->Satu Katil Urut





















Tingkat Satu Menempatkan Ruang Ruang Solat & Kemudahan Berikut

<!--[if !supportLists]-->1. <!--[endif]-->Satu Dewan Solat Utama (berhawa dingin)
<!--[if !supportLists]-->2. <!--[endif]-->Satu Ruang Solat Wanita (berhawa dingin)
<!--[if !supportLists]-->3. <!--[endif]-->Tiga Ruang Solat Terbuka (udara segar)
<!--[if !supportLists]-->4. <!--[endif]-->Koleksi buku buku rujukan
<!--[if !supportLists]-->5. <!--[endif]-->Ruang Bacaan Kanak kanak





















MASJID DIDALAM TAMAN

Selain dari menyediakan berbagai kemudahan, pihak pengurusan masjid juga berusaha mencantikkan kawasan sekeliling dengan membuat lanskap bagi menghidupkan konsep Masjid Di Dalam Taman





















PENUTUP

Ahli jawatankuasa Pengurusan Masjid sentiasa berusaha dan sedang merangka beberapa projek bagi menambahbaik kemudahan yang sedia ada dan mencantikkan Masjid Al-Ehsan SS4A ini. Walaubagaimanapun, sokongan dan sumbangan dalam bentuk tenaga dan kewangan sangat lah diharapkan bagi menjayakan usaha kami ini.

Balik keLaman Utama >>

2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt. Tahniah & syabas kepada Tuan Haji & AJK Masjid Al Ehsan kerana mengadakan blog ini & kegiatan-kegiatan bulanan. Kebersihan masjid & kemudahan awam juga memuaskan. Teruskan & selamat maju jaya.
    Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas ulasan. Harap register sebagai ahli. Wassalam

    ReplyDelete