Friday, December 6, 2013

Jadual Aktiviti Bulan Disember 2013


untuk memuat turun jadual di atas, sila klik di sini

Monday, October 7, 2013

Carta Organisasi Masjid 2012-2015

Carta Organisasi Masjid Al-Ehsan SS 4A untuk sessi 1 Jun 2012 sehingga 31 Mei 2015

Layout Baru Blog Masjid

Alhamdulillah blog Masjid Al-Ehsan SS4A kini berwajah baru. Semoga dengan 'layout' terkini dapat mengaktifkan kembali laman blog ini, seterusnya memudahkan kita untuk melayari laman ini.

Segala cadangan amatlah dialu-alukan untuk terus menambahbaik laman blog ini

'Layout' lama blog

Friday, July 20, 2012

Gambar masjid setelah disapu cat minggu ini
Selamat menyambut Ramadhan alMubarak, moga amalan kita diterima Allah swt

AKTIVITI DALAM BULAN RAMADHAN:


HIDANGAN BERBUKA PUASA
Pihak Masjid akan menguruskan hidangan berbuka puasa bagi bilangan 25 orang tiap-tiap hari. Walaupun begitu, jika ada ahli jemaah yang ingin menderma untuk berbuka, memadailah untuk menderma wang, dan pihak masjid akan uruskan makanan.


MAJLIS TAHLIL
Majlis tahlil akan diadakan tiap-tiap malam 15 minit sebelum masuk waktu Isyak. Jemaah yang ingin menyertai sila isikan borang tahlil dan serahkan kepada Bendahari En Abu Bakar Mohd Amin.


SOLAT SUNAT TERAWIH
Solat sunat terawih 20 rakaat akan diketuai oleh Imam Tahfiz, Al Fadzil Ustaz Mohd Hanafi selepas solat ba'diah isyak, di ikuti dengan solat sunat witir 3 rakaat dengan 2 salam.


MAJLIS MOREH
Moreh akan disediakan selepas solat sunat witir, mengikut senarai giliran yang telah diedarkan.


TADDARUS ALQURAN
Taddarus alQuran akan diadakan setiap malam selepas moreh, di ketuai oleh Imam Imam Masjid.

Monday, July 9, 2012

Assalaamu'alaikum,


Semenjak kembalinya ke Rahmatullah Almarhum Hj Md Fuat Ahmad pada tahun 2010, blog ini tidak dikemaskini dengan teliti. Oleh itu mulai sekarang saya akan mengemaskini blog ini supaya informasi semasa sentiasa di paparkan.


Wassalaam,
Hj Abdul Ghaffur bin Ramli
Nazir 
masjid al-Ehsan Kelana Jaya