Pada 26hb September 2010 bersamaan 17 Syawal 1431H yang lalu, pihak pengurusan Masjid Al-Ehsan SS4A Kelana Jaya telah menganjurkan Majlis Sambutan hari Raya 'Idul Fitri 1431H & Ikatan Silaturahim bertempat diperkarangan masjid dimana semua penduduk (termasuk yang bukan Muslim) kejiranan SS4A dan sekitarnya telah dijemput. Majlis ini bermula daripada selepas solat 'Asar dan berakhir pada jam 7.00 malam. Majlis tersebut mendapat sambutan yang menggalakan dengan kehadiran dianggarkan melebihi 300 orang dari kalangan penduduk Muslim dan bukan Muslim. Ini merupakan kali kedua diadakan majlis seperti ini dimasjid ini. Dengan sambutan dan maklumbalas yang baik yang diterima dari yang hadir, insyaAllah, penganjuran majlis yang sama akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang. Sila saksi video klip majlis tersebut.
Tuesday, October 19, 2010
Wednesday, September 8, 2010
Wednesday, May 26, 2010
Kumpulan Marhaban Nurul Ehsan Johan Pertandingan Marhaban
Sukacita dimaklumkan yang Kumpulan Marhaban Nurul Ehsan yang telah menyertai Pertandingan Marhaban anjuran masjid At Taqwa, Subang Permai pada 22hb Mei 2010 telah muncul sebagai Johan. Tahniah diucapkan kepada ahli kumpulan Marhaban Nurul Ehsan yang diketuai oleh Puan Hjh. Saadiah Hj. Mukhtar (Ketua Biro Jamuan Perayaan Masjid Al Ehsan). Sesungguhnya usaha puan puan itu telah mengharumkan nama masjid kita ini. Sekali lagi, tahniah!
Dimaklumkan juga yang Kumpulan Marhaban Nurul Ehsan akan juga menyertai pertandingan marhaban anjuran Badan Dakwah Daerah Petaling yang akan diadakan pada 29hb Mei 2010 bertempat di Masjid Ar Rahman, Kampong Tunku. Para jemaah dijemput hadir beramai-ramai bagi memberi semangat kepada kumpulan dari Masjid kita ini.
Sekian, wassalam
Dimaklumkan juga yang Kumpulan Marhaban Nurul Ehsan akan juga menyertai pertandingan marhaban anjuran Badan Dakwah Daerah Petaling yang akan diadakan pada 29hb Mei 2010 bertempat di Masjid Ar Rahman, Kampong Tunku. Para jemaah dijemput hadir beramai-ramai bagi memberi semangat kepada kumpulan dari Masjid kita ini.
Sekian, wassalam
Saturday, May 1, 2010
Kilang Buat Bihun Sebelah Kandang Babi?
Pastikah anda apabila anda membeli sebungkus bihun kering yang walaupun ada bertanda halal ianya bersih, suci lagi halal? Lihat lah betapa jijik dan kotornya persekitaran dimana bihun di proses di Kilang Bihun Beras Indah dan beberapa kilang yang lain. Pastikan anda tidak membeli bihun keluaran dari kilang kilang INI & INI!
Monday, April 26, 2010
Thursday, April 22, 2010
Tuesday, April 20, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)

